Membawang Hari Ini
Like

Menjadi Izzah Terlalu Mencabar Maya Karin

November 27, 2011
1030 Views
0 Comments
2 minutes read
Menjadi Izzah Terlalu Mencabar Maya Karin

Menjadi seorang gadis kampung yang naif, ditipu serta sentiasa berdepan dengan malang, itulah yang dilalui oleh aktres jelita Maya Karin ketika membawakan watak Izzah dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.

Sukar dan mencabar, jelas Maya Karin, watak Izzah antara watak yang menguji dirinya di gelanggang filem.

Malah dia menganggapnya sebagai satu cabaran buatnya serta mengakui enggan melepaskan peluang tatkala diberikan tawaran menjayakan watak tersebut.

“Izzah telah banyak buat saya menangis. Satu rekod untuk diri saya serta Aaron juga kerana dalam filem ini kami banyak menangis. Watak Izzah ini sendiri bukanlah satu watak yang mudah untuk saya lakonkan. Saya akui watak ini antara yang mencabar saya sepanjang bergelar pelakon,” katanya mengulas mengenai filem terbaru lakonannya yang diarahkan oleh Osman Ali.

Memandangan watak Izzah itu sentiasa berdepan dengan duka, ucap anak kelahiran Jerman itu, dia sendiri perlu memastikan mood penghayatannya tidak lari dan kekal dalam dirinya.

“Saya sentiasa perlu memastikan diri saya sebenarnya Izzah sepanjang lima minggu penggambaran filem tersebut kerana tidak mahu lari mood. Perlu juga pastikan saya ini Izzah yang sentiasa sedih dan malang bukannya Maya Karin. Memang watak Izzah ini amat mencabar saya,”jelasnya yang sanggup mempelajari kelas agama untuk mendalami watak Izzah seorang guru mengajar mengaji.

Selain Maya, filem yang diadaptasi menerusi novel nukilan Fauziah Ashari tersebut turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Lisa Surihani, Azizah Mahza, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

Ditanya mengenai babak intim lakonannya bersama Aaron, sambil ketawa, kata Maya, babak tersebut dibuat dalam keadaan yang serius.

“Kesemua krew yang tidak terlibat kena keluar dari bilik ketika nak buat babak tersebut. Saya akui agak gementar sewaktu nak lakonkan watak itu. Kerana saya tidak biasa lakonkan babak sebegitu namun ia merupakan satu tugas dan babak itu harus ada dalam filem berkenaan untuk mempercantikkan jalan ceritanya. Jadi sebagai pelakon saya dan Aaron harus melakukannya secara profesional,”katanya.

Filem terbitan Tarantella Pictures Sdn Bhd itu bakal membuka tayangannya di pawagam tempatan bermula 1 Disember ini

-Murai-

Komen & Pendapat

Leave a Reply