Perak Hari Ini
Like

Menjelang Persidangan Dun ke-12: Perbentangan Bajet antara agenda utama

November 19, 2011
66 Views
0 Comments
2 minutes read
Menjelang Persidangan Dun ke-12: Perbentangan Bajet antara agenda utama

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bermula pada Isnin ini dimana ia dijangka akan berlangsung selama beberapa hari.

Menurut Zambry, persidangan kali ini lebih penting kerana kerajaan negeri akan membuat perbentangan bajet bagi tahun 2012 dimana ia dijangka mempunyai keistimewaan-keistimewaan tertentu selain kebaikan kepada rakyat Perak.

Katanya, setakat ini persiapan bajet telah pun berada di peringkat akhir dan Zambry dijangka akan membentangkannya pada hari pertama persidangan.

“Kandungan bajet itu kita akan umumkan… jadi ada keistimewaan dan berita baiknya, bagaimanapun bajet kali ini kita akan lebih fokus kepada pertumbuhan dan kesejahteraan iaitu kita akan mencari kaedah-kaedah yang kompleks.

Jadi strategi kali ini tidak lagi mengambil pendekatan tertentu atau mengikut tema tetapi lebih kepada keutamaan dalam bidang-bidang yang kita tahu akan memberi outcome atau hasil baru kepada negeri,” katanya pada sidang media di Lumut pagi tadi.”

Dalam pada itu, Yang di Pertua Speaker Dewan, Datuk R. Ganeson memberitahu persidangan kali ini bakal membentangkan tiga agenda iaitu berkaitan Enakmen Pembekalan Bajet 2012, Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan (Pembubaran 2012) dan Enakmen Mineral (Pindaan 2012).

Katanya lagi, berikutan persidangan kali ini memerlukan perbentangan ketiga-tiga enakmen berkenaan maka dijangka ia akan berlangsung dalam satu tempoh yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

Justeru, bagi memastikan persidangan Dun kali ini berjalan dengan lancar, Ganeson mengingatkan pemimpin terutama dikalangan Pakatan Rakyat supaya tidak mencetuskan keadaan huru hara sebaliknya menumpukan kepada agenda utama yang diperbincangkan.

“Ada dikalangan adun atau ahli dewan yang senior dalam kepimpinan negeri, jadi sepatutnya mereka ini lebih faham dengan amalan biasa ketika berlansungnya sidang Dun… janganlah asyik merungut atau ‘complain’ sebaliknya kita biarkan persidangan ini berjalan dengan lancar.

“Isu bajet adalah penting jadi kita harap kesemua adun dapat ambil bahagian namun sekiranya terlalu banyak berlakunya gangguan ketika perbahasan atau sesi soal jawab maka ia akan menggangu perjalanan persidangan secara keseluruhannya,” katanya

Sehubungan itu, Ganeson mengingatkan pada adun supaya mengekalkan keamanan dewan selain menumpukan kepada agenda asal.

Ganeson ditemui pada sidang media di Bangunan Suk, pagi tadi.

Komen & Pendapat

Leave a Reply