shadow

Setelah mendapat tentangan hebat dari rakyat berikutan kenyataan berbaur perkauman yang dibuat Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada 9 September lalu baru kini pemimpin biadap itu tampil untuk memohon maaf.

Saban hari, pelbagai desakan dan laporan polis dibuat namun Nga masih berdegil dan mendiamkan diri. Mungkin ketika itu beliau ingin  mengira dahulu peratusan pengundi yang hilang ekoran keceluparan mulutnya sendiri.

Oleh kerana tidak sanggup berdepan dengan kekalahan pada Pilihanraya ke-13 akan datang maka Nga tampil membuat Sidang Media kononnya untuk memohon maaf.

Persoalannya, kenapa baru sekarang nak minta maaf takut hilang pengundi kaum India kah?

Malah, jika dilihat dengan jelas, Nga hanya memohon maaf kerana menimbulkan isu warna kulit dalam kenyataannya, berkaitan perkataan ‘HARAM JADAH’ itu tidak pula disebutkan.

Nampak sangat tindakan memohon maaf itu hanya untuk mengaburi mata rakyat. Langsung tidak ada penyesalan dan keikhlasan dalam kemaafan tersebut.

Apa yang lebih menghairankan, jika Dap benar-benar tidak mengamalkan dasar rasis dengan membeza-bezakan rakyat mengikut warna, Mengapa pula kempen ‘1 Black Perak’ diwujudkan sejak beberapa tahun dahulu.

Dari nama kempen itu sudah jelas menunjukkan Dap Perak sememangnya cuba memainkan sentimen perkauman namun ia dibuat secara halus tanpa disedari ramai pihak.

Apa motif mereka sebenarnya menggunakan nama ‘1 Black Perak’. Konon kempen itu dibuat bagi meluahkan rasa marah rakyat selepas BN memerintah, namun hakikat sebenarnya adalah kerana Dap tidak dapat menerima hakikat bahawa Perak telah ditadbir oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Buktinya adalah apabila Nga terkantoi dengan kenyataan penghinaan yang dilemparkan keatas Zambry kononnya pemimpin itu adalah ” MB yang HITAM METALIK yang HARAM JADAH’.

Pepatah ada menyatakan, ‘Telajak Perahu Boleh Diundur, Telajak Kata Buruk Padahnya”

Kenyataan Nga yang menyentuh sensitiviti perkauman dengan menghina warna kulit seseorang adalah sesuatu yang tidak boleh diterima walaupun setelah beliau memohon kemaafan.

Sebelum ini, Adun Slim River, Dato Khusairi Abdul Talib telah membangkitkan isu itu dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti kukuh dalam bentuk audio dan visual menunjukkan Nga telah mengeluarkan kenyataan yang rasis dan bersifat penghinaan.

Nga Kor Ming telah membuat kenyataan “Menteri Besar Hitam Metalik yang  haram jadah masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor”yang dilemparkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika berucap dalam Majlis Ceramah Pas di Kamunting, 9 September lalu.

Komen & Pendapat

Comments

  1. Mozas    

    Nga bukan memohon maaf, dia memutar belit untuk menampakkan dirinya tidak bersalah dan menjadi mangsa blogger.

    Versi sebenar ketika ceramah:
    “….. di negeri Perak Darul Kaput ini, kita ada Menteri Besar Hitam Metalik, yang haram jadah itu, masuk dari pintu belakang, naik kapal selam dari Pangkor, tapi kapal selam itu naik dengan Mongolia punya …..”

    Versi dalam “permohonan maaf”:
    “Kini negeri Perak ada Menteri Besar Hitam Metalic yang haram dan masuk ke pejabat SUK menerusi pintu belakang menaiki kapal selam Najib”

    http://notakanan.blogspot.com/2011/12/mb-perak-hitam-metalik-penipuan-dalam.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *