Kolumnis

Nizar semakin tak laku..

Pada malam 2hb bertempat di Puncak Alam Selangor, bekas Menteri Besar Perak yang paling singkat dalam sejarah negeri telah dijemput untuk memberi ceramah berkenaan isu-isu semasa. Turut sama berceramah ialah bekas calon PRK Tenang yang ditolak rakyat iaitu Cikgu Mala.

Ceramah anjuran Pas Shah Alam ni pada mulanya dianggap akan menerima sambutan hebat dari rakyat. Tapi malangnya, sangkaan mereka ternyata meleset apabila kehadiran Nizar hanya disambut oleh tak sampai 50 orang. Itu pun kebanyakannnya terdiri dari kanak-kanak sekolah.

Ini membuktikan Nizar semakin tak relevan biar dimanapun dia pergi. Rakyat ternyata menolak bekas Menteri Besar Perak yang telah memporak perandakan negeri tersebut tidak lama dahulu.

Rakyat seluruh Malaysia tentunya masih ingat bagaimana Nizar menjual maruah melayu di Perak dengan berkerjasama bersama DAP. Rakyat juga masih ingat lagi bagaimana Nizar menggadaikan Islam dan juga kedaulatan Sultan Perak hanya semata-mata mahu memenangi hati puak-puak kafir Pakatan.

Nizar yang mewakili PAS sanggup membiarkan dirinya menjadi kuda tunggangan DAP dan menzalimi seluruh bangsa melayu di Perak. Ini lah yang menjadi indikator penolakan Nizar selepas itu di seluruh negara.

Sekarang ini jika dilihat senario politik di Perak, rakyat semakin menyenangi pemerintahan Barisan Nasional yang diterajui oleh DS Zambry. Keghairahan mereka terhadap Pakatan Rakyat semakin pudar dek kerana kebodohan Nizar. Manakala sokongan rakyat kepada Nizar juga semakin hilang. Ini disahkan sendiri oleh satu kajian yang dibuat oleh DAP di negeri ini.

Selain itu, Ngeh Koo Ham sendiri juga mengakui didalam sebuah akhbar bahawa sentimen rakyat yang menentang kerajaan BN di Perak semakin berkurangan. Ia bermakna, perasaan tak puas hati rakyat di Perak semakin tenang semenjak DS Zambry mengambil alih pemerintahan.

Ada berita dari kem DAP sendiri di Perak, Pakatan kini risau kerana rakyat sudah tidak lagi berminat dengan isu pengambilalihan kuasa. Apa yang mereka mahukan pada ketika ini ialah pembangunan dan perlaksanaan dasar serta perkhidmatan wakil mereka terhadap rakyat setempat.

Apakah Nizar memenuhi apa yang rakyat Perak mahukan? Jawapannya sudah tentu tidak kerana Nizar lebih suka berpolitik sambil memfitnah kerajaan daripada menunaikan amanah yang dipertanggung jawabkan oleh rakyat.

Rakyat bukannya berkehendakkan wakil mereka bercakap mengenai politik sahaja 24 jam dan 7 hari seminggu. Mereka mahu ADUN yang dipilih menjadi wakil kepada mereka dan menyampaikan suara mereka didalam Dewan Rakyat. Bukan jadi badut macam yang biasa Nizar lakukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");