Kolumnis

PAS Perak nak selamatkan rakyat?

Hari ini, PAS negeri Perak telah mengadakan satu pertandingan poster dan montaj yang bertajuk ‘Selamatkan Perak di Pilihanraya Umum ke 13’. Menurut pihak penganjur, tajuk ini dipilih bagi menyemarakkan semangat rakyat Perak untuk menukar kerajaan negeri yang sedia ada kepada kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat.

Apa yang menariknya disini, mengapakah PAS Perak beria-ia benar mahu menukarkan kerajaan negeri? Dan jika dilihat dari slogan mereka iaitu Selamatkan Perak, PAS mahu selamatkan negeri ini dari siapa? Adakah kerajaan negeri yang sedia ada terlampau zalim dan juga menindas rakyat?

Jika benarlah kerajaan pimpinan DS Zambry ini amat kejam dan patut ditukarkan, diharap PAS Perak dapat memberikan contoh-contoh kezaliman serta penindasan yang telah kerajaan Barisan Nasional Perak lakukan kepada rakyat. Kalau tak ada, ia bermakna PAS Perak telah melakukan fitnah!

Dan jika hendak dikatakan kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dari kerajaan negeri yang ada sekarang, mengapakah ia tak mampu bertahan selepas berjaya memenangi Pilihanraya umum yang ke 12 lalu? Mengapakah ada wakil rakyat Pakatan melompat parti dek kerana ketidakpuasan hati dalam kerajaan negeri Pakatan Perak?

PAS Perak sepatutnya tak perlu ghairah sangat untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang sudah terbukti berjaya mentadbir Perak dengan lebih baik. PAS Perak sewajarnya menasihatkan setiap wakil rakyatnya supaya memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dikawasan yang mereka wakili.

Kalau dilihat kepada prestasi wakil-wakil rakyat pembangkang di Perak, tiada satu apapun yang boleh dibanggakan oleh rakyat. Bahkan, Bekas Menteri Besar Perak yang terdahulu juga amat kurang menyumbangkan kebajikan kepada rakyat di kawasannya iaitu Parlimen Bukit Gantang.

Semua mereka-mereka ini hanya lebih fokuskan untuk berpolitik tak kira siang atau malam. Baik PAS, PKR mahupun DAP, semuanya sama sahaja peel mereka didalam memberikan khidmat kepada rakyat. Yang diutamakan hanyalah impian untuk merampas negeri, bukannya berkhidmat kepada masyarakat.

Jadi, slogan PAS Perak yang mahu selamatkan rakyat negeri ini merupakan satu retorik semata-mata. Apalah gunanya slogan yang menarik tanpa perlaksanaan yang baik. Bukankah itu sudah menipu rakyat namanya?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");