Kolumnis

PAS Tak Sokong “Ibu LGBT”, Tapi Sokong “Bapak LGBT”..!!!

PAS sehari dua ini membuat sengaja buat-buat kecoh apabila sebilangan besar pemimpin-pemimpin utamanya membuat kenyataan berhubung Festival Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh sekutu-sekutu mereka seperti Ambiga Sreevenasan, Amnesty International Malaysia, Bar Council, Irene Fernandez (Tenaganita), Marina Mahathir dan SUARAM (kononnya mengaku menyuarakan suara rakyat Malaysia!).

Pada awalnya sebelum ini, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS seumur hidup, Pok Nik Ajis, menyatakan pendiriannya untuk tidak menyokong festival itu. Katanya, meskipun Ambiga yang ketuai festival itu, tidak semestinya dia sokong. Pok Nik kata, PAS memang sokong Bersih, tapi tak sokong Seksualiti Merdeka…

Kemudiannya, Ketua Dewan Pemuda PAS atau lebih dikenali sebagai Ketua “buih-buih pepsi cola” PAS, Nasrudin Hasan Tantawi menyuarakan pendirian sayap parti itu bahawa mereka menentang festival tersebut sekeras-kerasnya. Lepas tu katanya nak anjurkan demo besar-besaran nak bantah Festival itu dalam masa terdekat! Kononnya laaaaahhh…

Bagaimanapun, sebagaimana sifat “buih pepsi cola” yang diberikan Hadi Awang kepada mereka, Dewan Pemuda PAS hari ini membatalkan cadangan untuk berdemo tersebut! Macam “buih pepsi cola”, kan? Lebih cepat sejuk dari tahi ayam..!!!

Hari ini pula pimpinan PAS beramai-ramai mengecam dan membantah festival tersebut. Biasalah. Bila “Tok Guru” cakap, semuanya kenalah ikut. “I follow” bak kata Abang Jem di Sinar FM. Semuanya senada dengan Pok Nik Ajis, termasuk Dr. Mariah dan Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Harun Taib.

Bagus! Dalam konteks festival budaya songsang ini, mereka memang senada dengan UMNO. UMNO memang tentang perkara ini. Buktinya? Sila rujuk perlembagaan dan undang-undang seksyen 377. Kerajaan dah lama haramkan benda-benda songsang yang menjurus kepada LGBT.

Tapi PAS…??? PAS hanya tolak pada permukaan (surface) saja. Tapi dia tak pernah sedar bahawa mereka sebenarnya pendokong kepada kegiatan LGBT ini..!!!

Kalau PAS tak sokong LGBT, sudah tentu PAS takkan sokong dan takkan sekali-kali partinya sanggup bersekongkol dengan BAPAK segala LGBT di Malaysia ini iaitu Anwar Ibrahim! Siapa dari golongan LGBT yang tidak sokong Anwar Ibrahim? Semuanya menyokong penuh bapak LGBT itu..!!!

Anwar dalam kenyataan dan wawancara dengan media asing sebelum ini pernah ditanya mengenai pendiriannya terhadap homoseksual dan perkara-perkara yang berkaitan dengan LGBT ini. Dalam jawapan yang diberikan Anwar, dia tidak menolak sama sekali LGBT dengan menggunakan alasan “hak asasi manusia”! Malah dia pernah menyelar kerajaan Malaysia yang tidak mengiktiraf golongan tersebut di negara ini!

Dan kini PAS mengangkat Anwar sebagai Ketuanya? Begitu? Pi mai pi mai tang tu jugak! PAS tak sokong Ambiga dalam hal Seksualiti Merdeka, tapi PAS sokong pula seorang dari golongan LGBT untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri! Gila ke apa PAS nihhhh…???!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");