Sukan Hari Ini

Peserta Belgium Ungguli Lelaki Elite Kejohanan Powerman Malaysia 2011

PESERTA dari Belgium, Rob Woestenborghs memenangi tempat pertama kategori Lelaki Elite sekaligus meraih wang tunai bernilai USD 5,000 Kejohanan Powerman Malaysia anjuran Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Seri Manjung hari ini.

Bagi kategori Wanita Elite pula, peserta Czecholavakia, Radka Vodickova meraih wang tunai juga bernilai USD 5,000 selepas menduduki tempat pertama pada kejohanan kali ke 10 tersebut.

Kejohanan duathlon bertaraf dunia itu telah disertai seramai 1,035 orang atlet dari pelbagai 30 buah negara termasuk Australia, Belgium, Brunei, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Indonesia, Jepun, Belanda, New Zealand, Singapura, Switzerland, United Kingdoms dan Amerika Syarikat.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Pengerusi Malakoff, Tan Sri  Abdul Halim Ali.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman dan Yang Dipertua MPM, Zamri Man.

Sebanyak 18 kategori dipertandingan dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM132,000 tersebut.

Sementara itu, Zambry dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri berharap pihak Malakoff akan terus memilih negeri ini sebagai tapak kejohanan dan sedia menghulurkan sebarang bantuan yang sewajarnya.

“Kita (Kerajaan negeri) berharap Malakoff akan terus memilih Manjung khasnya dan Perak amnya sebagai tapak tetap kejohanan bertaraf antarabangsa ini.

“Ini penting memandangkan pada tahun hadapan, merupakan Tahun Melawat Perak dan berharap kejohanan ini diharap mampu menarik lebih ramai lagi peserta termasuk pelancong asing berkunjung ke sini,” katanya. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");