Perak Hari Ini

Program penghijauan Batu Gajah Sentral dilancarkan

Team Keris Berhad hari ini melancarkan program Penghijauan Batu Gajah Sentral, dekat Batu Gajah bagi mendorong rakyat jelata untuk mempraktikkan semangat kehijauan dalam kehidupan seharian.

Pelancaran program disempurnakan oleh Exco Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman sambil disaksikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Batu Gajah, Jamry Sury dan Ketua Pengerusi Eksekutif Team Keris Berhad, Datuk Lee Seng Hee.

Dalam ucapan perasmian, Hamidah berkata, program dilancarkan oleh pihak pemaju bagi menyokong agenda sosial kehijauan di Batu Gajah dan seluruh Perak.

Sementara itu, Seng Hee pula, berkata sebagai anak jati Perak, beliau dan syarikatnya amat gembira dan teruja kerana diberi peluang untuk bekerjasama dalam projek penghijauan khususnya di Batu Gajah.

“Kami memang amat berbangga kerana diberi peluang untuk menjayakan program penanaman pokok di Batu Gajah Sentral pagi ini,” tegasnya lagi.

Kempen kehijauan itu katanya, merupakan satu misi untuk rakyat dan melalui program seumpama itu, lebih banyak firma lain akan turut serta untuk melakukan aktiviti penghijauan yang sama demi manfaat dan kebaikan semua.

Pada majlis itu juga, Hamidah selaku wakil kerajaan negeri menerima projek Terminal Bas Batu Gajah Sentral daripada Seng Hee yang kemudiannya menyerahkannya pula kepada Jamry sebagai wakil kepada MDBG.

Projek Batu Gajah Sentral dibangunkan oleh Keris Properties Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah syarikat hartanah yang melabur lebih RM120 juta bagi bagi memenuhi inspirasi rakyat Perak yang inginkan kehidupan serba moden.

Ia terletak di lokasi yang strategik iaitu di antara jalan masuk ke Batu Gajah dan pentadbiran Pusing yang dilengkapi dengan hentian bas dan teksi sebagai pusat perkhidmatan awam, hotel moden yang mempunyai pusat konvensyen dan tempat penginapan kepada pelancong dari luar, rumah kedai dan pejabat serta projek perumahan kos sederhana dan rumah mampu milik berharga RM55,000.00, rumah teres, berkembar dan banglo.

Dengan adanya kemudahan ini, perkhidmatan bas dan teksi akan menjadi lebih efisien dan bersistematik.

Batu Gajah Sentral ini juga akan menjadi pembangunan ‘one stop center’  bagi memudahkan perjalanan dari terminal tambang murah ( LCCT) ke Batu Gajah dan sebaliknya.

Difahamkan semua kemudahan ini akan siap lebih kurang satu tahun dari sekarang dan projek ini dilihat mampu merangsang pertumbuhan ekonomi Batu Gajah dan lebih dikenali ramai pada masa akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");