Perak Hari Ini

Projek Infra Bina Upaya.

ADUN Sg Rapat Dato Hamidah Osman hari ini turun padang membantu golongan rakyat keterbawahan di sebuah kawasan jajahan beliau di Kg Melayu Gunung Rapat dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) menyumbang sebuah rumah kepada Mohd Ramli bin Abdul Hamid.

Beliau yang sebelum ini tinggal bersama dua orang abang kandung ditinggalkan keluarga tanpa sebarang berita dan kini rumah pusaka yang dimakan anai-anai dan hampir menyembah bumi itu didiami Ramli bin Abdul Hamid 89 bersama anak angkat beliau seorang muallaf.

Kedaifan beliau mendapat perhatian dari Dato Hamidah dan YBUDR untuk menyumbang sebuah rumah yang akan didirikan di tapak asal rumah pusaka tersebut.

Pembinaan rumah tersebut dipertanggungjawabkan kepada YBUDR dan kos pembinaan menelan belanja sebanyak RM30 ribu sahaja.

Sehingga kini Abd Hamid serta anak beliau menerima sumbangan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.

Turut hadir sama Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Dato Zainal Abidin dan Ketua Kampung Hj Alang.

Abd Hamid yang bersara sebagai Penterjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu di Jabatan-jabatan Kerajaan serta pernah berkhidmat sebagai penterjemah di Utusan Melayu di Singapura kini menyara kehidupan dengan bantuan JKM dan masyarakat setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");