Program Basmi Kemiskinan

Rakyat kecewa MBI janji tak serupa bikin


Isu berkaitan pencerobohan kerja-kerja pembinaan jalan raya dan sistem perparitan yang bersambung dengan jalan utama di Taman Lapangan SSI sepatutnya tidak timbul lagi setelah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang kononya telah bersetuju untuk membatalkan cadangan tersebut.

Apa yang berlaku hari ini, setelah lebih 300 penduduk kawasan itu menghela nafas lega dengan keputusan itu MBI rupa-rupanya telah mengecewakan mereka dengan membuat janji palsu kononya telah mengarahkan pihak pemaju untuk membatalkan cadangan menyambung jalan yang melalui jalan utama Taman SSI Lapangan selain meminta mereka memikirkan initiatif lain untuk membina jalan di tempat yang bersesuaian.

Malah ketika PerakToday berhubung dengan wakil Datuk Bandar Ipoh, mereka memaklumkan bahawa pihak MBI telah pun mencadangkan pemaju untuk membina jalan dan sistem pengaliran berdekatan Taman Sri Perkasa yang terletak di hadapan projek pembinaan berkenaan.

Apa yang mengelirukan penduduk kawasan ini adalah, pihak pemaju bukan sahaja dikatakan telah mendapat kelulusan oleh MBI untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan parti serta penyambungan jalan raya malah mereka juga dengan bongkak cuba menceroboh kawasan itu dengan menyatakan melakukan pembinaan atas kelulusan kerajaan.

Jadi sumber mana yang perlu dipercayai iaitu sama ada pihak pemaju yang tampil dengan surat kelulusan pembinaan parit dan jalan raya ataupun janji MBI yang kononnya telah mengarahkan pihak pemaju membatalkan cadangan itu?

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang berkesempatan berjumpa wakil penduduk di kawasan itu selain melawat tapak yang bakal dibina parit dan jalan raya.

Menurut Hamidah, pihaknya telah meminta satu perbincangan antara beliau bersama MBI, Persatuan Penduduk Taman Lapangan SSI dan pemaju diadakan dalam waktu terdekat bagi mengenalpasti punca dan sekaligus menyelesaikan masalah terbabit.

“Kita akan panggil semua yang terlibat untuk duduk dan berbincang dalam satu mesyuarat mengenai perkara ini… kita tidak mahu masalah yang sama timbul lagi jadi satu keputusan yang ‘win-win situation’ perlu dicapai dalam pertemuan itu.

“Setelah saya melihat kawasan ini… memang kita dapati pembinaan parit dan penyambungan jalan raya tidak sesuai dilakukan mungkin ada salah faham antara pihak penduduk, pemaju dan MBI dan sebab itu kita perlu duduk bersama dan berbincang, katanya.

Pada 10 Oktober lalu, PerakToday ada memaparkan bantahan lebih 300 penduduk Taman Lapangan SSI, dekat Pasir Puteh, terhadap kerja membina jalan raya dan sistem perparitan yang bersambung dengan jalan utama taman itu kerana dikhuatiri boleh mengancam keselamatan serta menjejaskan kehidupan penduduk di situ.

Walaupun pemaju mendakwa projek membina 118 unit rumah berdekatan Taman Sri Perkasa itu sudah mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), penduduk meragui perkara itu kerana mereka tidak dimaklumkan secara rasmi dan lebih menghairankan tiada sebarang papan tanda dipasang bagi kerja pembangunan di tanah tersebut.

Kebimbangan penduduk itu ada kebenarannya kerana jika kerja itu diteruskan, ia bukan sahaja menjejaskan keselamatan penduduk tetapi juga boleh mencetuskan masalah kesesakan jalan raya serta banjir kilat yang lebih serius di taman berkenaan.

Namun isu ini kemudiannya mendapat respon oleh pihak MBI melalui Pegawai Khas (Media) kepada Datuk Bandar, Mohd Syahrizal Azmi yang menyatakan MBI telah mengarahkan pemaju projek perumahan berdekatan membatalkan cadangan membina jalan sambungan yang melalui jalan utama taman itu.


Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");