Program Basmi Kemiskinan

RM2,000 bagi setiap ekor haiwan

Pemilik yang sengaja membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di sekitar bandar raya Ipoh akan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 bagi setiap ekor haiwan tersebut.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, tindakan menaikkan kompaun tersebut bertujuan memastikan pemiliknya bertangunggjawab memastikan tidak berlaku kemalangan yang berpunca dari binatang ternakan yang dibiarkan merayau.

”MBI menaikkan kompaun tersebut dari RM1,000 kepada RM2,000 serta merta…kadar kompaun yang rendah sebelum ini menyebabkan ramai pemilik berdegil.

”Mereka sengaja membiarkan ternakan mereka sehingga mendatangkan bahaya kepada keselamatan pengguna jalanraya,”katanya.

Menurutnya, dalam tahun ini sahaja terdapat dua kes kematian berpunca dari kemalangan yang membabitkan haiwan ternakan telah direkodkan.

Oleh itu, katanya, mesyuarat majlis penuh semalam telah memutuskan untuk meluluskan tindakan menaikkan kadar kompoun mengikut Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-Rayau 1987.

”Ini duputuskan kerana kita memandang serius kes kemalangan maut membabitkan pengguna jalan raya melanggar ternakan berkeliaran.

”Kita menguatkuasakan kompaun ini bagi membolehkan pemilik ternakan peka dengan mengawal binatang mereka daripada berkeliaran di jalan raya,”katanya

Roshidi berkata, ketika ini ramai pemilik ternakan enggan bertanggungjawab apabila berlakunya kemalangan membabitkan ternakan mereka dan perbuatan ini tidak adil kepada pengguna.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya juga tidak teragak-agak untuk menangkap ternakan yang berkeliaran pada waktu malam bagi memastikan ia tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");