Berita Hari Ini
Like

Saya tidak kata Pas Taliban: Dr Asri

November 1, 2011
92 Views
0 Comments
2 minutes read
Saya tidak kata Pas Taliban: Dr Asri

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan beliau tidak pernah mengatakan Pas sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar ‘jangan tiru Taliban’ dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia.

“Pas perlu lebih terbuka kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang agama dan bangsa. Pas hanya perlu menggesa Jabatan Agama Islam Pahang menghalang Muslim daripada hadir,” katanya.

Beliau berkata, jika bukan Muslim mahu Elton John seperti mana mereka memilih untuk minum arak dan judi, selagi tempatnya tertutup untuk mereka sahaja, itu adalah hak mereka.

“Apabila Pas mahu menjadi kerajaan, sudah pasti rakyat akan memberikan pandangan kepada mereka seperti mana mereka sering mengkritik kerajaan yang ada sekarang. Maka Pemuda Pas wajar memperlihatkan sikap yang demokratik sebelum memerintah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Katanya, Pemuda Pas harus mendengar cadangan rakyat dengan baik dan menolak dengan baik jika tidak bersetuju terhadap cadangan itu.

“Cabar mencabar kerana enggan menerima sesuatu cadangan hanya menunjuk sikap kurang terbuka. Itu bukan contoh atau petanda yang baik untuk mereka yang ingin membentuk kerajaan demokratik,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda Pas mengutuk tindakan pihak yang menyamakan mereka dengan Taliban berhubung desakan menghalang konsert rock Elton John pada bulan depan atas alasan penyanyi itu adalah gay.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, pihak tersebut seharusnya memberi pandangan dan teguran yang lebih baik bagaimana Pemuda Pas menjalankan tugas mencegah kemungkaran.
Menurutnya, jika kaedah Pemuda Pas itu silap, pihak tersebut harus melontarkan pandangan bagaimana memperbetulkan cara sebenar dan bukan terus menuduh meniru cara Taliban.

“Jika tegur, kritik dan beri pandangan tidak mengapa, Pemuda Pas sedia mendengar dengan terbuka. Kami sedar kami tidak boleh jadi profesor serba tahu.

“Tapi untuk menafikan apa yang kami lakukan demi mencegah kemungkaran yang nyata adalah tidak patut berlaku,” katanya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply