Isu Panas

Sebelum Kena Tolak, Kakitangan Kerajaan Mesti Tolak Pakatan Pembangkang

KUALA LUMPUR: “Cadangan itu merupakan satu cadangan gila seorang pimpinan tertinggi DAP yang saya kira merupakan satu pandangan rasmi DAP. Mereka memang tidak sukakan kakitangan kerajaan dan kakitangan kerajaan kena menyatakan kebencian terhadap parti ini”.

Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengulas cadangan pemimpin DAP, Tony Phua yang mahu memotong separuh dari 1.4 kakitangan kerajaan jika pakatan pembangkang menang pilihanraya umum akan datang..

Ujarnya, jumlah 1.4 juta kakitangan awam itu masih belum cukup dalam sektor-sektor tertentu, contohnya dalam sektor kedoktoran, perubatan dan dalam sektor pendidikan, kerana banyak guru-guru pakar masih lagi diperlukan.

“Dari 1.4 juta tersebut, kebanyakannya dari kakitangan bawahan. DAP memang rasis bila menyebut tentang perkara ini kerana kebanyakan kakitangan kerajaan adalah orang Melayu.

“Untuk memastikan negara ini berjalan seperti biasa sejak 50 tahun lalu, tugas dan peranan kakitangan awam ini amat besar kepada 27 juta rakyat Malaysia selain 2 juta rakyat asing di negara kita,” katanya kepada UMNO-Online ketika ditemui di Parlimen di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak kakitangan kerajaan untuk menolak pakatan pembangkang pada pilihanraya umum akan datang kerana jika pakatan pembangkang menang, separuh dari kakitangan awam akan dibuang kerja.

“Menang sahaja pakatan pembangkang, separuh dari kakitangan awam akan dibuang. Tinggal 700 ribu, lagi 700 ribu lagi nak kerja kat mana?. Jadi ia merupakan satu kenyataan yang merupakan dasar pembangkang.

“Satu tahu pandangan-pandangan serong puak-puak DAP. DAP ini memang rasis terhadap kakitangan awam. Bukan sahaja DAP, tetapi kita harus menolak semua pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, kalau tidak kita tidak ada kerja dan anak-anak kita nak makan macam mana,” tambahnya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");