Sukan Hari Ini

Seladang membuat keputusan menggugurkan sembilan pemain

PENGURUSAN SELADANG membuat keputusan menggugurkan sembilan pemain dalam persiapan menghadapi Liga Super musim depan.

Antara yang digugurkan adalah pemain pertahanan iaitu Azmeer Yusoff, Mohd Syahman Zainuddin, Muhd Arif Ismail, Mohd Shahrul Hafiz Mohd Shafei dan Nurul Nasriq.

Tiga lagi adalah pemain posisi tengah Mohd Nasir Bashar, Harizul Izuan Abdul Rani dan Khairul Izzat Jamaluddin dan penyerang berbakat, Khalis Ibrahim.

Khalis sebelum ini yang pernah digandingkan dengan Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Mohd Shafiq Jamal.

Menurut Khairul Azwan, pengguguran tersebut telah dibincangkan dengan ketua jurulatih, Norizan Bakar

Semasa mengumumkan pengguran itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemain-pemain berkenaan yang telah memberi sumbangan bermakna kepada skuad dan peminat sukan bola sepak.

”Surat pelepasan telahpun diedarkan kepada mereka bagi membolehkan mereka dapat mencari tempat dalam pasukan lain,”katanya.

Sementara itu, katanya, Perak telah mengenalpasti 18 pemain yang akan menyarung jersi Seladang dalam saingan musim depan.

“Dua pemain Kuala Lumpur telah diambil bagi memantapkan skuad Seladang dalam Liga Super akan datang…bekas Ketua pasukan Kuala Lumpur, Muhammad Shahrom Abdul Kalam dan pemain pertahanan, Fahrul Razi Kamaruddin telah bersetuju berhijrah ke sini,”katanya

Sebelum ini, skuad Seladang telah menamakan penjaring terbanyak Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Failee Ghazli dan pemain Harimau Muda A, Muhammad Rifiuddin Roddin dalam skuad Seladang.

Mohd Failee dan Rifiuddin turut membantu Perak dalam saingan Piala Malaysia musim lalu dan semasa diturunkan kedua-dua mereka mempamerkan persembahan mantap dan berjaya membawa pasukan ke peringkat suku akhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");