Perak Hari Ini
Like

Sidang Dun Perak Ke-12: Pandai Pakatan Rakyat putar belit isu

November 22, 2011
76 Views
2 Comments
3 minutes read
Sidang Dun Perak Ke-12: Pandai Pakatan Rakyat putar belit isu

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menyaksikan perbahasan berkaitan Bajet 2012 yang dibentangkan semalam oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Di permulaan sesi, Adun Pengkalan Hulu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali membahaskan pelbagai isu termasuk berkaitan perjanjian migrasi aset Lembaga Air Perak (LAP) dengan pengurusan Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Menurut Tajol, perjanjian itu tidak boleh dianggap sebagai menjual aset kerajaan negeri sebaliknya ia bertujuan untuk menstruktur semula industri bekalan air bersih.

Bagaimanapun isu itu mendapat pertikaian hebat di kalangan Pakatan Rakyat.

Apa yang lebih menghairankan adalah, pendekatan terbabit sebelum ini telah digunapakai oleh kerajaan Pulau Pinang namun tidak pula pemimpin Pakatan Rakyat nak kecoh.

“DAP sebelum ini menggunakan laman sosial ‘Twitter’ mendakwa kerajaan Perak mahu jual aset negeri.

Geram dengan tindakan itu, Tajol lantas mencabar pemimpin pembangkang di Perak untuk mengkritik tindakan rakan mereka iaitu Lim Guang Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Dalam Twitter pembangkang dakwa kerajaan Perak nak jual aset negeri tapi Pulau Pinang sudah buat pun pendekatan itu malah perjanjian telah ditandatangani. Kita dihentam, kenapa tidak dihentam Setiausaha Agung DAP dalam Twitter,” katanya.

Dapat dilihat di sini, pembangkang sentiasa mengamalkan sistem ‘Double Standard’. Ini baru dalam aspek pengendalian aset, belum lagi bila disentuh berkaitan khidmat mereka kepada rakyat.

Dengan kata yang lebih mudah, ‘Mereka (Pakatan Rakyat) buat boleh tetapi bila kita (Kerajaan BN) nak buat ditentang pula.

Dalam pada itu, ketika sesi perbahasan dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bermacam-macam isu yang langsung tidak berkaitan dengan Bajet Negeri telah ditimbulkan.

Antaranya termasuklah berkaitan isu bas VIP yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama-sama Menteri Besar Perak.

Selain itu, isu berkaitan ‘lembu’ yang menjadi pertikaian hangat di peringkat nasional turut diperbahaskan dalam persidangan kali ini.

Mungkin pemimpin pembangkang atau lebih tepat, Nizar Jamaluddin tidak menyedari bahawa dia sedang membuat perbahasan di Dewan Negeri dan bukanlah di Parlimen.

Ataupun si Nizar ini sengaja buat-buat bodoh dengan menimbulkan isu-isu nasional di persidangan dun.

Bertambah teruk, sudahlah membahas isu yang tidak berkaitan, maklumat yang digunakan pula hampir kesemuanya salah dan penipuan semata-mata.

Apa yang jelas, Nizar Jamaluddin ini sebenarnya masih tergila-gilakan gelaran Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan dahulu.

Perkara itu, walaupun setelah lebih dua tahun pentadbiran Perak dibawah kepimpinan BN, Pakatan Pembangkang masih tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan mahkamah.

Memang dasar gila kuasa Pakatan Rakyat Perak ini, mujurlah rakyat cepat menyedarinya.

Komen & Pendapat

2 Comments

  1. Jenglot Lembu

    Gile meroyan betul le si Nizar lahanat ni

  2. pjan sempoi

    nizar nampaknya lupa tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat…alangkah ruginya rakyat memilih wakil seperti ini. persoalan, halalkah elaun yg diterima dan tak malukah beliau menerima elaun tanpa melakukan apa2 untuk rakyat dikawasan beliau wakili?

Leave a Reply