Program Basmi Kemiskinan

Stesen pemancar, takut radiasi

Merasakan keselamatan mereka terancam oleh sebuah stesen pemancar yang baru dibina serta didakwa mengeluarkan gelombang radiasi, penduduk di Taman Biru Ayer Tawar, di sini, berusaha mengumpul tandatangan penduduk dan berhimpun sebagai tanda bantahan, pada pagi semalam.

Penduduk, Phang Kui Hwa, 48 berkata, penduduk membantah pembinaan pemancar yang terlalu hampir dengan kawasan kediaman penduduk, juga kerana tidak ada sebarang makluman dikeluarkan berhubung pembinaannya.

“Kami tidak mendapat sebarang maklumat tentang pembinaan pemancar ini dan tujuan pembinaannya, menyebabkan kami merasa kedamaian serta keselamatan hidup kami tergugat.

“Sepatutnya pihak berkenaan perlu meletakkan papan tanda atau memaklumkan penduduk tentang pembinaan pemancar itu termasuk juga tujuan serta risikonya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Kui Hwa, pemancar itu mula dibina sejak dua minggu lalu dan dakwaan ia mengeluarkan gelombang radiasi dikhuatiri boleh mengancam nyawa kanak-kanak dan ibu mengandung.

Katanya, penduduk tidak mahu pihak berkenaan hanya memikirkan keuntungan, dan telah menghantar memorandum untuk tindakan lanjut daripada mereka.

Seorang lagi penduduk, C Morgan, 61 berkata, penduduk tidak menolak kemudahan, malah mengalu-alukan, selagi tidak mengancam keselamatan diri mereka.

A Jayakumari, 46 berkata penduduk berhak tahu tujuan pemancar itu dibina dan ia tidak boleh dirahsiakan, tambahan dibina berhampiran kawasan rumah.

Sementara itu, Pembantu Khas Ahli Parlimen Beruas, Phang Hean Chun berkata kelulusan pembinaan pemancar itu turut dipersoal.

“Mungkin Majlis Perbandaran Manjung (MPM) boleh memaklumkan pembinaan pemancar ini lebih awal agar penduduk lebih yakin dengan tahap keselamatannya,” katanya, di sini, semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");