Jenayah, Perak Hari Ini

Tahun Melawat Perak 2012 sebagai landasan mengembangkan sektor pelancongan

Kerajaan negeri mahu menjadikan Tahun Melawat Perak 2012 (TMM 2012) sebagai landasan mengembangkan sektor pelancongan sebagai satu sumber utama negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman.

Menurutnya, kerajaan negeri terdapat pelbagai tarikan pelancongan di negeri ini tetapi disebabkan ekurangan promosi gagal menarik kedatangan pelancong asing dan tempatan melawat negeri ini.

”Kita mempunyai Hutan Belum yang berusia lebih 130 juta tahun serta Gua Tempurung yang dianggarkan wujud lebih 400 juta tahun dahulu.

”Pelbagai promosi yang dicadangkan adalah bagi meletakkan tarikan ini di dalam peta pelancongan dunia,”katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Fiesta Pelanconag Taiping di Taman Tasek baru-baru ini.

Hamidah berkata, kerajaan negeri sedar akan kewujudan pelbagai tarikan pelancongan termasuklah eko-pelancongan dan edu-pelacongan yang boleh dikembangkan untuk kemajuan sektor ini.

Jelasnya, pelbagai aktiviti yang dirancang bagi TMM 2012 adalah di peringkat antarabangsa bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini pada tahun-tahun selepas itu.

”Kita akan memberi tumpuan mengikut daerah bagi membolehkan pembangunan aktiviti pelancongan diwujudkan dengan mantap,”katanya.

Menurut Hamidah, seperti contoh di kawasan Batu Gajah yang berhampiran dengan Gopeng terdapat satu-satunya Kapal Korek yang tinggal di dunia.

Tanbahnya lagi, kita akan jadikan kapal korek dan gua Tempurung ini sebagai tarikan pelancongan di kawasan ini dan melalui usaha ini boleh mewujudkan suasana ekonomi yang baik kepada penduduk sekitar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");