Perak Hari Ini

Tentang Hasrat Dap Habis-Habisan – Cuepacs Perak

HASRAT parti DAP untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam sekiranya pilih sebagai pemerintah negara perlu ditentang habis-habisan oleh semua penjawat awam.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Negeri Perak, Abdul Jalil Yang, berkata selama ini Cuepacs sentiasa memperjuangkan nasib dan kebajikan semua penjawat awam di seluruh negara.

“Jika kakitangan sedia ada pun mereka (DAP) mahu kurangkan bilangannya.. bagaimana pula nasib kakitangan kontrak seramai 20,000 hingga 30,000 dalam pelbagai jabatan kerajaan.

“Kita berjuang habis-habisan mendesak kerajaan untuk menyerap mereka sebagai kakitangan tetap dalam perkhidmatan awam sebaliknya DAP hendak mengurangkan bilangan penjawat awam pula,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kesatuan Sekerja Kumpulan Sokongan Jabatan Perikanan Semenanjung Malaysia (KSKSJPSM) di Pusat Pengembangan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan hari ini.

Hadir sama Presiden Kesatuan Sekerja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perak, Jamaluddin Majid dan Pengerusi Penaja KSKSJPSM, Mazlan Ali.

Sementara itu, Jamaluddin Majid berkata, tindakan tersebut sebenarnya menunjukkan niat tidak baik parti berkenaan yang selama banyak menyembunyikan hasrat sebenar mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Belum lagi mereka (DAP) memegang kuasa memerintah negara… nak buat macam-macam cadangan.

“Tindakan tersebut sebenarnya lebih kepada faktor perkauman semata-mata, sebab hampir 80 peratus penjawat awam terdiri di kalangan orang Melayu,” katanya.

Menurutnya, isu tersebut diharap dapat membuka mata segelintir penjawat awam yang selamanya ini terpengaruh dengan pelbagai tomahan pembangkang sekali gus menjadi penyokong tegar pembangkang. – Nooraini Mahamad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");