Perak Hari Ini
Like

40 kiosk disediakan bantu rakyat miskin berniaga

December 27, 2011
51 Views
0 Comments
1 minute read
40 kiosk disediakan bantu rakyat miskin berniaga

Seramai 40 rakyat yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar di bandar raya Ipoh dipilih menyertai program pembasmian kemiskinan dengan menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diberi tanggungjawab untuk membina 40 kiosk bagi membolehkan rakyat miskin yang berdaftar dengan kerajaan di bawah program e-Kasih itu memulakan perniagaan mereka pada Januari depan.

Peniaga kiosk itu akan menjual makanan, minuman dan snek manakala sebahagiannya akan dijadikan kedai gunting.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim, berkata peserta yang dipilih merupakan mereka yang berpendapatan RM750 sebulan dan ke bawah.

“Lokasi kiosk yang dipilih ialah Rapat Setia, Buntong, Silibin dan Ampang dan ketika ini, 90 peratus kerja pembinaan sudah siap.

“MBI membelanjakan RM400,000 untuk membina 40 kiosk ini yang berukuran 2.4m X 1.8m,” katanya.

Ruang kiosk katanya, mencukupi untuk peniaga menyimpan kerusi dan meja yang digunakan apabila ia ditutup.

Mengulas lanjut, Roshidi berkata, pihaknya berharap taraf hidup peserta yang terpilih menyertai program itu dapat ditingkatkan sekaligus membawa sinar harapan baru untuk mereka meneruskan kehidupan.

Tambahnya, seramai 20 rakyat miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih baru-baru ini telah mengikuti latihan kemahiran di mana mereka diajar beberapa kemahiran seprti pengendalian makanan, jahitan dan penyelenggaraan automatif.

Komen & Pendapat

Leave a Reply