Berita Hari Ini
Like

Adam beri keterangan

December 24, 2011
43 Views
0 Comments
1 minute read
Adam beri keterangan

Mahasiswa yang dipercayai menurunkan bendera wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) minggu lalu, tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung insiden kecaman ditumbuk dan ugutan yang diterimanya daripada seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Adam Adli, 22, menerima ancaman ditumbuk anggota polis ketika membuat laporan polis terhadap ugutan bunuh yang diterimanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman minggu lalu.

Menerusi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam, Adam me-nyatakan polis berkenaan cuba menumbuknya di hadapan anggota polis lain tanpa dihalang mereka.

Menurut peguam yang mewakili Adam, Fadiah Nadwar Fikri, tindakan anggota polis itu jelas memberi ugutan terhadap Adam.

“Keterangan hari ini (semalam) diambil kerana wujud ugutan daripada anggota polis terbabit dan bertindak menumbuk Adam tanpa dihalang anggota polis lain ketika itu.

“Bagaimanapun, surat siasatan terhadap anggota polis tersebut sudah diserahkan kepada pegawai berpangkat asisten superintenden dan kes ini sedang disiasat,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap anggota polis berkenaan akan dikenakan tindakan sewajarnya kerana mengugut Adam di atas perarakan bersama mahasiswa lain pada 17 Disember lalu.

“Mahasiswa ini hanya berarak dan berhimpun tanpa sebarang jenayah yang berlaku. Ia sudah termaktub di dalam perlembagaan.

“Tindakan anggota polis itu tidak wajar dan kami mohon semua pihak menghentikan semua perkara kerana mahasiswa melakukan perkara yang tidak melanggar peraturan,” katanya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply