Membawang Hari Ini

Amy Search Tak Mahu Campur Tangan Hal Nabila

Penyanyi lagenda rock, Amy Search akui tindakan anaknya, Nabila Huda melepaskan geram terhadap bekas suaminya, Zaidi Zailani di dalam laman sosial, Twitter adalah salah.

Malah, Amy Search berkata Nabila Huda sepatutnya tidak bertindak emosional sebaliknya lebih rasional untuk menyelesaikan hal peribadi mereka suami isteri.

“Terus-terang saya katakan, biar apa pun yang berlaku di antara mereka berdua saya tidak mahu campur tangan.

“Namun sebagai seorang ayah, memang tidak patut dia berbuat demikian kerana dia perlu matang dan rasional untuk menyelesaikan masalahnya bersama bekas suami.

“Dia tidak sepatutnya menggunakan laman sosial sebagai tempat melepaskan geram dengan tidak tentu arah.

“Sebaiknya, dia perlu berbincang secara baik dengan bekas suaminya daripada bertindak sedemikian,” jelasnya yang tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai anaknya itu.

Walaubagaimanapun Amy Search yang ditemui di sidang media Konsert Fenomena Search 30 Tahun Jelajah Borneo, malam semalam memberitahu dia sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.

“Perbuatan Nabila itu bukan sahaja memalukan dirinya, tetapi ia turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak. Kalau ditanya tentang perasaan saya, perasaannya pasti sama dengan ayah-ayah yang lain.

“Namun, sebagai bapa, pasti saya tidak mahu perkara sebegini berlaku dan harap di masa akan datang ianya tidak akan berulang lagi.

Pada 27 November lalu, Nabila Huda telah meluahkan perasaannya di laman sosial, Twitter terhadap sikap bekas suaminya yang dikatakan sering memburuk-burukkan sikapnya.

Nabila Huda telah dikurniakan seorang anak perempuan, Keisya Laila hasil perkahwinan bersama bekas suaminya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");