Berita Hari Ini

Belia Malaysia Bantu Mangsa Banjir Thailand 2011

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Begitulah kata pepatah Melayu lama apabila melihat negara jiran kita yang telah dilanda musibah banjir besar baru-baru ini.

Bagi meringankan beban dan semangat kejiranan serta menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia dalam hasrat melahirkan belia berbudaya glokal, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan melaksanakan “International Youth Volunteerism
Programme – Thailand After Flood Disaster Relief 2011” pada 14/12/11 – 19/12/11 di sekitar bandar Bangkok, Thailand.

Program ini akan dilaksanakan secara konvoi berkenderaan 4×4 ke kawasan dilanda banjir di sekitar Bandaraya Bangkok selama 6 hari 5 malam dan akan disertai oleh lebih dari 30 orang sukarelawan belia dari seluruh negara.

Sehubungan itu, satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan telah diadakan bertempat di Office of Welfare Promotion, Protection and Empowerment of Vulnerable Groups, Thailand (OPP). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Kanitta Kamolwat, Directors of The Promotion and Protection for the Disadvantaged Division dan telah berlangsung dengan jayanya.

En. Mohd Zaidi Aziz selaku Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia yang juga hadir di mesyuarat penyelarasan pelaksanaan itu, dipetik memaklumkan bahawa mesyuarat telah bersetuju bahawa penganjuran program seumpama ini adalah usaha baik dalam meningkatkan hubungan diplomatik serta mengukuhkan rangkaian hubungan antara belia bagi kedua-dua negara.

Dalam konteks yang sama, beliau juga memaklumkan bahawa persediaan ahli sukarelawan, Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Negeri telah digerakkan sejak awal lagi di negeri-negeri yang telah dilanda banjir dan telah juga bersiap sedia bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara yang berkemungkinan akan dilanda banjir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");