Perak Hari Ini
Like

BN Perak teruskan agenda turun padang dekati rakyat

December 20, 2011
236 Views
0 Comments
3 minutes read
BN Perak teruskan agenda turun padang dekati rakyat

Pendekatan turun padang hingga ke peringkat akar umbi merupakan usaha yang akan terus dilaksanakan Barisan Nasional (BN) Perak bagi meningkatkan tahap keyakinan rakyat, sekaligus dapat menyelesaikan masalah mereka secara lebih berkesan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pendekatan seumpama ini lebih penting kerana ia dapat menimbulkan rasa gembira atau feel good factor di kalangan rakyat terhadap kerajaan BN.

“Pendekatan turun ke bawah ini dapat adalah sesuatu yang rakyat mahukan dan ia tidak secara langsung dapat menimbulkan rasa seronok dengan BN seperti program Hari Bertemu Pelanggan yang mendapat sambutan ramai daripada rakyat,” katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.

Tegasnya, BN bukan sekadar membuat kajian bagi mengetahui persepi rakyat terhadap politik dan pilihan raya di Perak berdasarkan kepada mengisi borang atau temubual semata-mata tetapi yang lebih penting adalah dasar bekerjasama dengan rakyat di bawah lebih menjadi fokus utama parti itu.

Beliau mengulas satu kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaysia (UMCEDEL) pada 23-30 Oktober lalu terhadap persepsi politik dan pilihanraya di negeri Perak yang membabitkan 1,304 respondan.

Kajian itu merumuskan  tujuh perkara iaitu majoriti pengundi di Perak telah membuat keputusan parti yang akan dipilih pada PRU-13, persepsi pengundi di Perak terhadap kerajaan BN berada pada tahap yang tidak membanggakan, PAS mampu menjadi alternatif kepada UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, pendekatan program 1Malaysia masih belum mampu meningkatkan sokongan terhadap BN Perak, majoriti etnik Melayu menyokong BN sementara majoriti etnik Cina menyokong Pakatan Rakyat, tahap kepercayaan yang rendah terhadap media arus perdana dalam membuat liputan tentang politik dan majoriti respondan tidak percaya kepada video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menggunakan kaedah secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur, hasil penemuan itu juga boleh dirujuk kepada laman sesawang http://umcedel.um.edu.my.

Mengulas lanjut mengenai kajian itu, Zambry berkata, beliau akan menyiasat perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

“Saya akan memastikan surat yang diterima berhubung kajian ini adalah benar daripada UMCEDEL¬† kerana jika ia berdasarkan kajian akademik, ia tidak akan menggunakan merujuk kepada pihak yang berkenaan sebaliknya laporan hasil yang disediakan perlulah lebih lengkap.

“Ia juga mungkin salah satu propaganda yang digunakan untuk memberi persepsi dan kesimpulan berbeza untuk kepentingan masing-masing,” katanya lagi.

Komen & Pendapat

Leave a Reply