Kolumnis
Like

BN Sudah Lama Aplikasi Negara Kebajikan…Alahai Pas!

December 29, 2011
140 Views
0 Comments
3 minutes read
BN Sudah Lama Aplikasi Negara Kebajikan…Alahai Pas!

APABILA Pas bersekongkol dan menjadi Pak Turut DAP dan PKR, perkara pertama yang diminta, Pas perlu korban dan gugurkan perjuangan negara Islam dan ganti dengan negara kebajikan.

Pas yang selama ini berdegar-degar dengan konsep negara Islam tunduk menyembah bumi, melutut pada Godfather mereka DAP dan PKR.

Maka berpencak silatlah penceramah-penceramah Pas mencari dalil, helah dan memperdaya rakyat bagi menjustifikasikan perubahan 360 darjah arah perjuangan Pas!

Kini bulan gerhana Pas yang menumpang api bakaran roket DAP menghala laju ke arah bulan pecah. Dasar sosialisme sekular ala DAP dan keadilan sosial semuanya sama rata sama rasa, anutan PKR dikongsi bersama oleh Pas.

Rupa-rupanya dalam pada Pas berdegar-degar berceramah, ekor bergelumang penuh dengan tahi!

Istilah taghut, sekular, tolak negara Islam dan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada pemimpin UMNO kini terpalit ke batang hidung mereka.

Perjuangan Islam Pas kian kabur. Caca marba dan haru biru jadinya bila bersekongkol dengan DAP dan PKR yang idelogi masing-masing macam langit denganbumi.

BN sudah lama memperjuangkan negara berkebajikan. Membela Rakyat. BN mempamerkan cara pemerintahan yang adil selaras dengan tuntutan Islam.

Inilah konsep kebajikan BN di dalam Islam. Tidak terhad kepada bidang politik dan ekonomi sahaja tetapi mencakupi skop lebih luas dalam pelbagai bidang termasuk ibadah, perundangan, pendidikan, kesihatan, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

Dasar ekonomi BN, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat itu sendiri adalah konsep negara kebajikan yang efektif.

Masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan BN member keselesaan masyarakat Islam beribadah, begitu juga dengann Tabung Haji, Pusat-pusat pungutan zakat, Sekolah-sekolah Agama, Perbankan & Takaful Islam, dan lain lain.

Ini semua petunjuk sangat jelas bahawa pemerintahan BN yang sedia ada sekarang ini menyelaraskan pemerintahanya mengikut tuntutan Islam. Bukan janji kosong dan retorik seperti Pas.

Memang banyak lagi perancangan negara kebajikan kerajaan BN, slogan yang diciplak Pas yang sebenarnya sudah lama menjadi amalan kerajaan BN.

Pas sudah jauh menyimpang. Berundur berpuluh-puluh tapak untuk berkompromi dengan DAP dan PKR. Benarlah kata Nik Aziz, di dada Karpal Singh sudah ada bulan. Jarum Karpal telah berjaya menembusi bulan kosong Pas.

Ingat ungkapan evergreen karpal pada Pas OVER MY DEAD BODY. Nampaknya Pas yang sudah mati perjuangannya.

Inilah politik sekular Pas yang sentiasa berubah-rubah mengikut selera pemimpin masing-masing.

DAP suruh lompat Pas lompat, DAP suruh terbang Pas terbang, DAP suruh terjun Pas terjun.
Yang parahnya apabila DAP suruh PAS terjun, payung terjun tak disediakan.

Maka akhirnya “inna lilla hiwainna ilai hi ra jiuun !

HAJI Z, KUALA LUMPUR

-Ruangan Surat Pembaca Umno Online

Komen & Pendapat

Leave a Reply