Sukan Hari Ini

Chong Wei Tersingkir Di Separuh Akhir

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal mempertahanakan kejuaraan Final Siri Super Dunia BWF buat kali keempat berturut-turut selepas tersingkir di separuh akhir di Stadium Li Ning di Liuzhou, China, Sabtu.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, kalah kepada pemain tuan rumah Chen Long 16-21, 21-16 dan 18-21 pada perlawanan selama 80 minit itu.

Chen Long akan berdepan dengan rakan sepasukan Lin Dan pada perlawanan akhir Ahad.

Lin Dan, juara Olimpik 2008, melangkah turut ke final apabila mengalahkan pemain Denmark Peter Hoeg Gade 21-12, 21-15 dalam masa 41 minit pada satu lagi perlawanan separuh akhir.

Kejohanan itu adalah kemuncak dalam siri Super Dunia OSIM BWF di mana lapan pemain utama perseorangan lelaki dan wanita, beregu dan beregu campuran bersaing merebut hadiah keseluruhan wang tunai US$500,000 (RM1.6 juta).

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");