Perak Hari Ini

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2 bermula esok

Pulau Pangkor sekali lagi akan menjadi tumpuan penggiat puisi tempatan apabila menjadi tuan rumah kepada Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2, pada Sabtu dan Ahad ini.

Festival kali kedua yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Yayasan Kampung Karyawan Malim (YKKM) dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri Perak itu akan berlangsung di Dataran Arena Pangkor, dekat Pasir Bogak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah penaung festival manakala Exco Keseniaan dan Kebudayan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin bertindak sebagai pengerusi.

Seramai 100 peserta yang terdiri penyair dan aktiviti lagu rakyat sudah mengesahkan penyertaan masing-masing dalam festival yang akan berakhir pada 18 Disember.

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ASWARA dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijangka turut memeriahkan majlis terbabit.

Festival itu akan dirasmikan oleh Dr Zambry manakala majlis perasmian penutup pula akan disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Antara negara yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei manakala barisan penyair dan penggiat lagu rakyat yang akan membuat persembahan ialah Abot, Chai Loon Guan, Lim Swee Tin, Hashim Yaakob, A Rahman Shaari, SN Kemala, Datuk Rahim Razali dan Ratnawati Jamil.

Selain itu, barisan artis yang akan membaca puisi dan menyampaikan lagu rakyat pula terdiri Siso, Aris Ariwatan dan Roslan Madun.

Bagi memudahkan orang ramai mengunjungi festival ini, perkhidmatan feri dari jeti Lumut dan van penumpang juga akan ditambah dan beroperasi dari 6 petang hingga jam 12 malam.

Festival kali pertama telah berlangsung pada 31 Disember 2010 hingga 2 Januari lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");