Perak Aman Jaya

Festival Puisi & Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2

Festival “Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor 2” akan dianjurkan bersama oleh IDR (Institut Darul Ridzuan) dan  YKKM (Yayasan Kampung Karyawan Malim), dan ditaja oleh Kerajaan Negeri.  Beberapa jabatan dan agensi turut memberikan kerjasama iaitu;  DBP Wilayah Utara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Majlis Perbandaran Manjung dan CIOFF Malaysia (International Council of Organisations of Folklore and Folk Arts).

2.  Penaung Festival ialah Y.A.B. Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir, sementara Pengerusinya ialah Dato’ Zainol Fadzi Haji Paharudin.  Pengarah Festival ialah Malim Ghozali PK.

3.  Seramai 100 orang peserta (penyair dan aktivis lagu rakyat) sudah mengesahkan penyertaan.

4.  Pelajar-pelajar UPSI, ASWARA dan UKM akan turut memeriahkan Festival.

5.  Festival akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd. Kadir dan perasmian penutup oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

6.  Negara-negara yang sudah mengesahkan pentyertaan ialah Thailand, Singapura, Indonesia, dan Negara Brunei Darussalam.

7.  Antara penyair dan penggiat lagu rakyat yang akan membuat persembahan ialah:

·  Abot
·  Chai Loon Guan
·  Lim Swee Tin
·  Hashim Yaakob
·  A. Rahman Shaari
·  A. Rahim Abdullah
·  SN Kemala
·  Zaen Kasturi
·  Zefri Ariff
·  Dato’ Rahim Razali
·  Paul Nonggang
·  Jaslani Matlani
·  Viddy Daery
·  Zainal Ariffin Aka
·  Ratnawati Jamil
·  Jasni Matlani

8.  Mereka yang terlibat membaca puisi dan menyampaikan lagu puisi/lagu rakyat adalah seperti berikut:
·  Siso
·  Roslan Madun
·  Jiji
·  Aris Ariwatan
·  Pustaka Indatu, Aceh, Indonesia
·  Setanggi Timur, Medan, Indonesia
·  Langkat, Indonesia
·  Wayang Gedek, Thailand
·  Grup Lagu Rakyat Orang Asli Tapah, Bah Loth
·  Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh (persembahan choral speaking)

9.  Selain itu Forum yang berjudul “Penyair sebagai penyambung suara generasi”, iaitu tema festival pada kali ini akan berlangsung di Dewan Puteri Bayu, Pulau Pangkor pada petang 17/12/2011.

Moderator:  Prof. Madya Arbak Othman (Universiti Putera Malaysia).

Panelis:

·  Prof Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) (Universiti Putra Malaysia)
·  Prof Dr. Rahman Shaari (Universiti Malaya)
·  Zefri Ariff (Universiti Brunei Darussalam)
·  Drs. Zainal Ariffi Aka (Indonesia)

10.  Bicara Buku “Suara Pelaut” karya Zambry A.K. juga akan diadakan di Dewan yang sama pada pagi 18.12.2011

Moderator:  Dr. Abdullah Che Ya (Unibversiti Kebangsaan Malaysia)

Panelis:

·  Prof Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana) (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
·  Dr. Tatiana A. Denisova (Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)
·  Prof Dr. Sohaimi Aziz (Universiti Sains Malaysia)
·  Mohamed Shahidan (Dewan Bahasa dan Pustaka)

11.  Sukacita sekiranya tuan2 dan puan2 dari pihak media dapat hadir bagi memeriahkan lagi festival ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");