Perak Hari Ini
Like

Golongan Muda perlu diketengah sebagai imam di masjid

December 30, 2011
52 Views
1 Comments
2 minutes read
Golongan Muda perlu diketengah sebagai imam di masjid

Badan Perhubungan Umno negeri mengharapkan pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dapat mengetengahkan imam muda yang lahir dari Kursus Intensif anjuran parti itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno NegeriPerak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib melalui program itu seramai 16 orang anak muda telah dipilih dimana 7 daripadanya diiktiraf layak menjadi imam oleh JAIPk.

Katanya, apa yang diharapkan kini adalah pihak JAIPk dapat mengetengahkan kesemua 7 anak muda yang diiktiraf itu dengan melantik mereka menjadi imam di masjid-masjid sama ada di peringkat daerah mahupun parlimen.

“Pihak JAIPk telah iktiraf 7 orang dari semua peserta dan mereka ini kita harap akan diketengahkan untuk menduduki jawatan imam di peringkat daerah atau parlimen……ini kerana saya difahamkan masih terdapat 8 kekosongan untuk jawatan itu di peringkat daerah.

“Jadi dengan ilmu yang mereka peroleh sepanjang 24 hari berkursus maka ia diharap dapat membantu dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik selain lebih selesa mengikut kehendak yang ditetapkan kerajaan negeri,” katanya.

Tambah Khusairi lagi, walaupun initiatif perlaksanaan program tersebut adalah yang pertama kali diadakan namun ianya dapat memberi impak yang besar kepada kesinambungan kualiti imam di Perak.

Jelas beliau lagi, dengan adanya muka-muka baru dikalangan orang muda dalam perkhidmatan ima di Perak diharap bukan sahaja dapat menggalakkan lagi kehadiran golongan belia ke masjid-masjid malah dapat menyemarakkan lagi keharmonian di rumah ibadat itu.

Bagaimanapun katanya, imam-imam muda terbabit disarankan supaya bersikap terbuka dan tidak menggunakan jawatan itu sebagai saluran untuk berpolitik.

“Kita sendiri tahu masjid adalah tempat untuk merapatkan ukhwah islamiah…namun sekiranya masjid dipolitikkan termasuk dalam soal tazkirah dan khutbah tanpa mengikut teks yang disediakan oleh JAIPk maka ianya sudah tentu boleh timbulkan rasa tidak selesa dikalangan jemaah.

“Masjid perlu dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan adalah tidak sesuai sekiranya imam sendiri yang mempolitikkan sesebuah masjid itu… ia boleh menimbulkan rasa kurang senang bagi yang hadir ke masjid untuk beribadah dan ia akhirnya boleh timbullkan pepecahan dikalangan masyarakat.

Dalam majlis itu, seramai 16 orang anak muda telah dipilih dari seluruh Perak bagi mengikuti Kursus Intensif Imam Muda 2012 di Akedemi KTMB selama 24 hari.

Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Timbalan Pengarah JAIPk, Haris Fadzilah

Komen & Pendapat

One Comment

  1. nasiruddin yusuf

    kenapa kt daerah…lebih baik d khariah..ramai imam d kariah x de integriti..klu ikut perlembagaan masjid pun mereka yg telah melebihi umur 60tahun tidak dibenarkan memgang jawatan pegawai/imam kariah…ade MAIPk peduli!!!

Leave a Reply