Berita Hari Ini
Like

KEPUTUSAN ISU BERBANGKIT PROGRAM 6P

December 19, 2011
45 Views
0 Comments
2 minutes read
no-cover

KENYATAAN MEDIA

YBHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

mengenai

  1. Beberapa isu berbangkit sepanjang pelaksanaan Program 6P telah dikenal pasti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan senarai tersebut telah dipanjangkan kepada semua kementerian dan agensi kawal selia program ini sebelum keputusan terhadapnya diputuskan awal minggu hadapan.
  2. Senarai ini diperolehi hasil pertemuan antara KDN dengan semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan proses pemutihan, termasuklah majikan, syarikat pengurus dan pihak kedutaan pelbagai negara.
  3. Antara isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa.
  4. Susulan itu, 12 Kementerian dan agensi berkaitan telah memberi ulasan masing-masing, manakala enam (6) lagi termasuk Kementerian Pertanian masih belum memberi maklum balas.
  5. Dalam perkembangan lain, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 2,721 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 46 majikan telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 1,178 operasi penguatkuasaan Program 6P bermula 20 Oktober 2011.
  6. Jumlah yang ditahan itu adalah bilangan daripada keseluruhan 25,158 PATI serta 46 majikan yang diperiksa sepanjang operasi.
  7. Pada masa sama, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).
  8. Daripada statistik yang sama, 41,422 PATI direkodkan keluar menggunakan pengangkutan udara; 12,110 memilih jalan laut dan 141 menggunakan laluan darat.

Disediakan                    :           Bahagian Komunikasi Korporat

Kementerian Dalam Negeri

Aras 9, Blok D1, Kompleks D

Putrajaya

No. Telefon                   :           03 – 8886 8000

Komen & Pendapat

Leave a Reply