Perak Hari Ini

Kompleks Super Kinta bakal berubah seperti Plaza Low Yat

Kerajaan negeri merancang untuk membangunkan Kompleks Super Kinta dalam usaha menjadikan bangunan itu sebagai hub barangan ICT seumpana Plaza Low Yat yang terletak di Kuala Lumpur.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mah Hang Soon memberitahu berdasarkan lokasi yang bersesuaian kompleks itu dijangka mampu menjadi tarikan baru di kalangan rakyat Perak terutamanya yang menetap di bandar Ipoh.

“Hab berkenaan mampu dijadikan sebagai pusat sehenti penduduk di Perak bagi mendapatkan gajet ICT  terkini dalam satu bangunan.

“Walaupun ia masih di peringkat cadangan tetapi saya yakin lokasi itu mampu menarik ramai pengunjung dan premis berkenaan yang suatu ketika dulu pernah menjadi tumpuan pada 1980-an akan kembali meriah semula,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia menawarkan pakej sewaan berpatutan kepada mana-mana peniaga ICT yang berminat menjalankan perniagaan di kompleks yang mempunyai keluasan lebih 40,000 kaki persegi itu.

“Sewaan minimum juga dijangka dapat menarik pengusaha ICT, selain berusaha menyelesaikan masalah tempat letak kenderaan kerana lokasi berkenaan sesak kerana terletak di tengah bandaraya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");