Isu Panas

Konflik DAP bukti kronisme’

BATU PAHAT – Perselisihan pendapat secara terbuka melibatkan pemimpin DAP mendedahkan pekung parti itu yang mengamalkan kronisme, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, krisis dalaman yang berlaku itu yang dikatakan ada kaitan dengan isu penentuan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) menunjukkan ada pihak dalam parti itu yang cuba disisihkan.
“Sebab itu, saya merasakan apa yg berlaku menunjukkan DAP bukanlah sebuah parti yang mengamalkan keadilan kerana cukup jelas bahawa berlaku juga amalan kronisme.
“Inilah juga yang menyebabkan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bertelagah dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam soal menentukan calon untuk Johor.

“Apa berlaku antara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh juga menunjukkan wujud persengketaan dalam DAP dan ini buktikan terdapat golongan yang cuba disisihkan,” katanya pada sesi taklimat, semalam

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");