Berita Hari Ini
Like

Mendaftar penduduk Sabah dan Sarawak program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

December 27, 2011
48 Views
0 Comments
2 minutes read
Mendaftar penduduk Sabah dan Sarawak program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini sedang memberi tumpuan mendaftarkan penduduk di Sabah dan Sarawak bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurutnya, jarak dan kedudukan beberapa kawasan termasuk pulau-pulau memerlukan petugas-petugas bergerak dengan lebih pantas dan gigih bagi memastikan setiap isirumah yang layak menerima skim itu didaftarkan.

Pada pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lepas, kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM500 bagi ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.

”Kita kini sedang memberi tumpuan di kawasan perdalaman dan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak..kesemua petugaskini sedang memberi tumpuan mengumpul data-data penerima yang layak bagi program ini.

”Untuk itu sokongan, bantuan dan kerjasama dari agensi kerajaan di negeri-negeri amat diperlukan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan dengan lancar.

”Pada masa ini, kesemua petugas dan sukarelawan sedang giat memberi tumpuan di kawasan-kawasan perdalaman terutama di Sabah dan Sarawak bagi memastikan setiap isi rumah yang layak menerima bantuan itu didaftarkan sebelum tamat tempoh,”katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Surau Al-Ikhlassiah, Kampung Cik Zainal, Chemor hari ini..

Ahmad Husni berkata, jangkamasa yang diberikan kini kurang dari sebulan dan dengan itu kita memerlukan maklumat-maklumat yang lebih tepat mengenai kawasan-kawasan yang berpenghuni bagi memudahkan pendaftaran

Beliau berkata, mengikut perancangan awal, LHDN akan menghantar petugas-petugas ke kawasan perdalaman dan terpencil bagi mendaftar penerima program ini tetapi disebabkan lokasi yang terlalu jauh seperti sesetengah tempat di Sarawak maka pihaknya memerlukan maklumat yang lebih tepat.

Bagaimanapun katanya, proses pendaftaran masih berjalan dengan lancar dan beberapa masalah-masalah kecil dapat diselesaikan dengan baik.

Menurut Ahmad Husni, sejak dilancarkan dua minggu lalu LHDN telah menerima lebih 2.4 juta borang permohonan dari seluruh negara dan angka itu akan terus meningkat sebelum tamat tempoh yang ditetapkan pada 10 Januari 2012.

Jelasnya, kesemua 304,000 penduduk yang tersenarai didalam daftar e-kasih akan menerima bantuan ini secara otomatik dimana nama akan diselaraskan dengan maklumat di dalam statistik Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma  di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dari jam 9 pagi hingga 5 petang sehingga 10 Januari depan.

Komen & Pendapat

Leave a Reply