Perak Hari Ini

Menilai sepenuhnya kenyataan dan pendirian pemimpin-pemimpin PR

Saya mewakili Pemuda BN Perak menyeru rakyat dan pengundi supaya dapat menilai sepenuhnya kenyataan dan pendirian pemimpin-pemimpin PR di  Negeri  Perak mutakhir ini.

Apa yang  telah ditunjukkan oleh mereka jelas membuktikan sikap rasis perkauman, tiada sensitiviti keagamaan, biadap terhadap institusi  Raja dan tidak mahu menghormati undang-undang  negara. Mereka juga jelas mempraktis sikap suka menghina pemimpin-pemimpin  negeri  dan  pusat dengan segala macam tohmahan dan gelaran dilontar. Mereka juga suka mengelirukan rakyat dengan pelbagai cerita dan berita tidak berasas sekaligus menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.

Mereka juga jelas menolak setiap agenda baik kerajaan semata-mata kerana tidak mahu dilihat menyokong walaupun usaha tersebut telah terbukti memanfaatkan rakyat. Tidak seperti pembangkang di negara-negara lain, di mana usaha kerajaan membantu rakyat diterima baik.

Sepatutnya, selaku pembangkang janganlah mudah sangat memutar belit fakta untuk meraih ‘political mileage’. Jika mereka benar-benar  ikhlas, perlulah mereka berusaha meyakinkan rakyat melalui program dan pendekatan baru. Bukan meraih sokongan rakyat dengan cara memburukkan kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Gagasan 1Malaysia dan Pelan Perak Amanjaya dilihat amat relevan dan tepat untuk dilaksanakan dan disokong oleh rakyat di negeri ini. Kerajaan BN di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir begitu komited dan bersungguh-sungguh untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Rakyat semakin yakin dengan Kerajaan BN setelah hampir tiga tahun beliau memimpin negeri sekaligus memaju dan membangun negeri ini serta rakyat ke arah status Aman dan Jaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");