Isu Panas

Musuh DAP Bermakna Musuh Pas, Hasan Ali Mangsa Pertama

KUALA LUMPUR – Pas dilihat tunduk kepada  DAP berbanding mempertahankan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) apabila desas-desus namanya digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata perkara itu sememangnya sudah dijangka daripada dulu lagi kerana Hasan merupakan pemimpin yang “vokal” di dalam pentadbiran kerajaan negeri selain merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip.

Justeru katanya tidak menghairankan nama beliau digugurkan kerana ianya dianggap penghalang kepada DAP untuk menguasai pemerintahan negeri berkenaan selain  melicinkan gerakan mereka yang yang totok kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita percaya Hasan Ali menjadi mangsa kepada kerakusan serta ketamakan pimpinan Pas hari ini yang sudah lari daripada perjuangan mereka yang kini kearah yang lebih liberal khususnya menjayakan rancangan sekutu mereka yang lain.

“Mungkinkah pimpinan Pas selangor mendengar bisikan daripada sekutu mereka DAP dan mungkin barangkali sedikit  “nasihat“  daripada pimpinan PKR yang lain agar menggugurkan nama beliau sebagai calon.

“Alasan boleh dicari dalam usaha memperlihatkan ketelusan pemilihan calon di dalam Pas. Kalau rakyat pun boleh mereka tipu apatah lagi sesama sendiri. Tidak pelik semua itu. Tengoklah bagaimana dulu Negara Islam tetapi hari ini Negara Berkebajikan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mingguan Malaysia semalam memetik sumber sebagai berkata, Hasan yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh Pas Selangor dan pada masa sama pengguguran tersebut telah mendapat restu daripada Pas pusat.

Selain itu, Mingguan Malaysia turut melaporkan Pas Pusat juga akan menggugurkan beberapa pemimpin Pas lain termasuk bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dikenali sebafgai Erdogan.

Berita mengenai pengguguran Hasan itu telah diperkatakan sejak kebelakangan ini, malah Jumaat lalu, sebuah portal berita propembangkang ada melaporkan kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib bahawa Hasan berkemungkinan besar akan digugurkan sebagai calon parti itu pada PRU-13.

Hari ini, Pas menafikan dakwaan kemungkinan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan tersebut nyata tidak benar kerana pihaknya masih belum berbincang mengenai soal calon untuk mewakili Pas pada PRU-13 nanti.

Mengulas lebih lanjut, Shukor yang juga ADUN Kuang seterusnya menambah penafian sememangnya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja, namun apa yang menariknya perkara itu telah menjadi bualan umum kepada rakyat Selangor.

Katanya lagi bak pepatah melayu ada menyebut, kalau tidak ada angin masakan pok0knya bergoyang dan berdasarkan kepada itu, tidak mustahil perkara berkenaan ada asasnya.

“Mungkin reaksi Hadi itu hanyalah sekadar untuk mengendurkan pertikaman secara sulit dalam usaha menjaga air muka Hasan Ali. Apa pun kita tunggu episod seterusnya yang mungkin lebih menarik. Betul atau tidak dakwaan berkenaan saya tidaklah mahu mengulas lanjut,” katanya.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");