Kolumnis
Like

Pas Sanggup Akomodatif Idealogi Sendiri Demi Perjuangan DAP

December 23, 2011
202 Views
0 Comments
3 minutes read
Pas Sanggup Akomodatif Idealogi Sendiri Demi Perjuangan DAP

KUALA LUMPUR, 23 Dis. – Pas bukanlah parti yang mampu memberikan sepenuh komitmen terhadap perjuangan demi agama, bangsa dan negara sebaliknya mereka lebih akomodatif dengan pandangan, tuntutan dan pendapat rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang khususnya DAP.

Penganalisis piltik tempatan Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein melihat kemelut dalaman Pas yang semakin terserlah sejak kebelakangan ini bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah kesan daripada masalah peribadi dalam keanggotaan Pas sebagaimana yang dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

“Apa yang dinyatakan oleh Hassan Ali adalah berkaitan masalah peribadinya sendiri yang tidak berpuas hati apatah lagi dengan kecenderungannya yang menggunakan politik sebagai tempat ‘cari makan’,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, Pas sememangnya telah berubah apabila tidak lagi selantang dulu dalam hal-hal membabitkan pendirian dan idealoginya tentang Islam apatah lagi setelah membentuk perikatan dengan pakatan pembangkang.

“Bukan hanya para pemerhati politik atau para pemimpin tetapi juga anggota-anggota Pas sendiri turut mempertikaikan berkaitan sejauhmana idealogi parti terbabit yang menggunakan Islam dalam pendekatannya berpolitik.

“Ramai melihat Pas dan kepimpinan tertingginya seolah-olah takut dan tidak berpendirian kerana mereka hanya berani bersuara apabila tidak bersama dalam pakatan pembangkang sedangkan apabila mereka diberi kata dua atau ada pendapat yang tak selari dengan Islam maka tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan apatah lagi apabila berdepan dengan pemimpin DAP sebagaimana Karpal Singh maka tidak ada ketegasan tentang Islam dibuat.”

Ujar beliau, apa yang dinyatakan oleh Hasan Ali adalah satu kebiasaan sebagaimana sikapnya yang mahu menunjukkan prestasi dan popularitinya apatah lagi setelah mengetahui bahawa dirinya tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.

“Semua orang sedia maklum berkaitan Pas dan bagaimana pendirian mereka yang seringkali menjanjikan pelbagai kata-kata manis tapi itu semua adatlah kerana belum mendapat kuasa sedangkan apabila diberi mandat telah terbukti tidak ada apa yang boleh dilakukan.”

Tambah beliau lagi, kenyataan dan kritikan Hassan Ali yang dibuat secara terbuka sebenarnya bukan saja menunjukkan kepincangan dalaman Pas tetapi lebih dari itu ia juga telah membuktikan siapa sebenarnya Hassan Ali.

“Hassan Ali bukan pemimpin utama Pas, bukan Presiden atau Mursyidul Amnya yang boleh menyuarakan berkaitan pendirian dan idealogi parti apatah lagi dia sendiri menganggotai Pas hanya pada tahun 1999 sedangkan Presiden dan Mursyidul Amnya telah berpuluh tahun menjadi anggotanya.

“Yang benar-benar riuh adalah Hassan Ali kerana semakin dipinggirkan sedangkan apa yang diperkatakannya tidak mendatangkan kesan atau mampu berubah dengan pendirian Pas yang semakin akomodatif dengan DAP.- umno online

Komen & Pendapat

Leave a Reply