Perak Hari Ini

Pembangunan pesat Pekan Chemor merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat-Dato Bandar

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim yakin pembangunan pesat di sekitar Pekan Chemor sejak akhir-akhir ini akan merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat di dalam masa dua tahun.

Antara projek-projek besar yang telah siap dibina adalah pembinaan Pasar Chemor, Dewan Komuniti 1 Malaysia dan stadium mini.

Beliau berkata, projek terbaru yang telah diluluskan dan akan mula dibina dalam masa terdekat adalah perpustakaan mini yang boleh membantu mengembangkan minda dan mengurangkan masalah sosial golongan belia.

Selain itu, katanya, pembinaan 10 unit rumah kedai dua tingkat bernilai RM 2.26 juta di sini juga akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi di kawasan pinggir bandar itu.

”Pembangunan usahasama tanah seluas 0.26 hektar diantara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Syarikat Milan Properties Sdn Bhd itu akan meningkatkan pendapatan MBI dalam jangka panjang.

”Lokasi pembangunan yang amat strategik ini pasti akan memberi kemudahan kepada para pengunjung yang melalui Jalan Chemor ke Sungai Siput, Jelapang dan Ipoh,”katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, pembangunan itu akan membantu menambah pembangunan pesat yang menjadi harapan penduduk Chemor selepas beberapa pengwujudan projek besar oleh kerajaan.

Katanya, projek-projek pembangunan infrastruktur awam oleh kerajaan sebelum ini memberi laluan kepada pihak swasta untuk memberi nilai tambah kepada projek-projek itu.

Sebelum itu, Roshidi menandatangani perjanjian Pembangunan Usahasama Tanah di Chemor bersama Pengarah Milan Properties Sdn Bhd, William Tan.

Di dalam program itu juga, Roshidi menerima wang deposit sebanyak RM100,000 kepada MBI oleh Milan Propertias.

Hasil dari pembangunan di atas tanah milik MBI, pihak syarikat telah bersetuju untuk menawarkan pulangan secara tunai terjamin sejumlah RM1.7 juta.

”Secara tidak langsung ia akan menambah pendapatan MBI untuk membantu melaksanakan projek-projek lain yang lebih berfaedah kepada warga kota,”katanya.

Roshidi berkata, baki bayaran pulangan berjumlah RM1.6 juta akan dijelaskan sebelum Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF) dikeluarkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");