Sukan Hari Ini

Pemilihan Popovic berdasarkan potensi dan kelebihan dimiliki: PAFA

Pemilihan pemain import dari Serbia, Lazar Popovic, 28, yang mencetuskan kontroversi di kalangan peminat bola sepak tempatan dibuat berdasarkan kepada potensi dan kelebihan pemain itu, bukan status kerakyatannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, adalah tidak adil untuk menghukum pemain import  itu hanya berdasarkan kepada sejarah yang berlaku 20 tahun lalu apatah lagi Popovic beliau sendiri bermain bersama rakan seperjuangan yang beragama Islam dalam Kelab Bosnia, FK Zeljeznicar Sarajevo.

“Isu pemain import dari Serbia ini telah dipolitikkan dan menunjukkan seolah-olah PAFA tidak pandai menjaga hati dan perasaan rakyat Islam di Perak memandangkan kekejaman yang pernah dilakukan terhadap bangsa Bosnia kira-kira 20 tahun lalu.

“Kita tidak terfikir sehingga ke tahap itu kerana pemilihan Popovic dibuat berdasarkan kepada potensi dan kelebihan pemain, bukan status beliau berasal dari negara mana.

“Selain itu, beliau bermain untuk kelab Bosnia di mana ramai rakan sepasukannya beragama Islam dan kita lihat bagaimana rakyat Bosnia sendiri tidak pernah memandang status kerakyatannya,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

Zainol Fadzi berkata lagi, PAFA berharap rakyat dan peminat bola sepak tempatan tidak memainkan sentimen murahan dengan mempolitikkan isu pemain import dari Serbia itu.

Sebaliknnya, pemilihan pemain import itu jelasnya, dibuat demi kepentingan pembangunan pasukan bola sepak negeri Perak.

“Jika isu pemain ini dipolitikkan, ia akan menjadi perkara remeh-temeh yang boleh membantutkan semangat barisan jawatankuasa PAFA yang mengharungi pelbagai cabaran dalam menguruskan pasukan.

“Jangan libat pegangan politik dengan kepimpinan PAFA kerana ia merupakan sebuah entiti yang mengurus pembangunan bola sepak negeri Perak,” katanya.

Sebelum ini, Lazar Popovic bermain untuk kelab FK Zeljeznicar dalam Liga Premier Bosnia.

Difahamkan, Popovic yang mempunyai ketinggian 1.89 meter memulakan karier profesionalnya di Jelen Superliga di Serbia dengan FK Cukaricki Stankom dan bermain untuk kelab itu antara 2000 dan 2009.

Beliau turut membuat beberapa kemunculan di Liga 2 Perancis dengan Kelab Stade Brestois 29 pada musim 2005/2006.

Pada Mac 2009, Popovic menyertai Daegu FC di K-League, Korea Selatan tetapi cuma sempat bermain sembilan perlawanan sebelum berpindah ke kelab Bosnia, FK Zeljeznicar Sarajevo.

Bersama Zeljeznicar, Popovic memenangi Premijer Liga naib juara Piala Bosnia-Herzegovina. Kelab terakhirnya ialah KF Skenderbeu Korce di Liga Super Albania.

Sepanjang karier profesionalnya, pemain itu menjaringkan 46 gol dalam 145 perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");