Membawang Hari Ini

Perihal Faizal Tahir Dengan 4 Anaknya

Gemar membelikan segala jenis permainan kepada empat cahayamatanya, jelas penyanyi popular Faizal Tahir, itu merupakan antara perkara yang wajib dilakukannya.

Meskipun agak jarang terlepas daripada menunaikan segala permintaan dua putera dan puterinya, kata Faizal, dia masih lagi tegas dalam mendidik mereka untuk menjadi yang terbaik.

“Boleh dikatakan rumah saya penuh dengan barang permainan anak-anak. Apa saja yang mereka mahukan akan saya tunaikan dan belikan.

“Memang saya manjakan mereka tetapi dalam masa yang sama saya akan tegas dan hanya mengeluarkan satu perkataan sudah cukup membuatkan mereka mendengar kata-kata saya,” katanya membuka bicara mengenai anak-anaknya.

Telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Raihanim Noran lebih tujuh tahun, Faizal telah dikurniakan empat cahayamata iaitu Ahmad Mikael Zidane, 6, Siti Raudhah Nur Jannah, 4, Ahmad Rifa’ie Zidane, 2, dan Siti Rawdha Nur Jannah, 8 bulan.

Tidak mahu mendedahkan anak-anaknya dengan muzik di peringkat awal, namun jelas Faizal Tahir, ketiga-tiga anaknya itu telah pun menunjukan minat yang mendalam pada muzik.

“Saya mahu mereka membesar seperti saya dahulu dan tidak mahu muzik mempengaruhi mereka.Tetapi mereka dikelilingi kawan-kawan baik saya yang juga pemuzik dan persekitaran muzik, jadi mereka sendiri sudah menunjukan minat yang mendalam pada muzik.

“Saya tidak mahu mereka melihat muzik sebagai roll model sebaliknya biarlah mereka hidup sama seperti kanak-kanak lain. Saya lihat ketiga-tiganya, sudah boleh menyanyi, bermain muzik dengan sempurna,”jelasnya yang tidak menghalang anak-anaknya mengikuti menjejak langkahnya namun mengharapkan agar mereka menamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum memilih muzik sebagai punca pencarian kehidupan.

Mengakui sering sibuk sehingga tiada masa untuk keluarga, jelas pelantun Mahakarya Cinta ini, selepas kelahiran cahayamata keempatnya Februari lalu, dia banyak menghabiskan masa bersama mereka.

“Tahun ini saya banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Kami pergi bercuti dan bersiar-siar . Sebelum ini memang saya terlalu sibuk dan apabila anak keempat saya lahir, membuatkan saya mengubah sedikit corak kehidupan saya.

“Saya perlu membahagi-bahagikan masa sebaiknya untuk keluarga, karjaya, kawan-kawan dan semua,”katanya yang akan sibuk pada tahun hadapan dengan beberapa aktiviti bertemu peminat yang akan didedahkan segala apabila sampai masanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");