Berita Hari Ini

PROTON Memperkukuhkan Kehadirannya Di Indonesia Dengan Melancarkan Pusat Pameran Platinum Di Medan

MEDAN, – Proton Edar Indonesia membuka Pusat Pameran Platinum yang pertama di Medan, Indonesia sebagai langkah memperkukuhkan lagi kehadirannya di rantau yang mempunyai pasaran yang semakin berkembang.

Pembukaan bilik pameran bertaraf 3S (jualan, perkhidmatan dan alat-alat ganti) dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Turut hadir di majlis pelancaran pusat pameran tersebut adalah Presiden dan Pengarah Proton Edar Indonesia, Gunther Scherzs dan pemilik PT Central Nusantara Niaga Willy Charly yang juga pemilik Pusat Pameran Platinum tersebut.

Beralamat di Jalan T. Amir Hamzah No. 41-C/43 Medan 20117, Pusat Pameran Platinum tersebut mempunyai keluasan 1,200 meter persegi dan menempatkan lima ruang membaik pulih kenderaan yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh termasuk penyenggaraan berkala, kerja-kerja membaik pulih, perkhidmatan tayar dan sistem penghawa dingin.

Pusat Pameran Platinum tersebut turut menawarkan perkhidmatan bantuan kerosakkan 24 jam bagi para pelanggan. Perkhidmatan ini adalah yang pertama seumpamanya bagi PROTON di Indonesia.

Pusat Pameran Platinum ini juga menyediakan ruang pameran dan jualan berukuran 200 meter persegi yang mampu mempamerkan tujuh buah kenderaan pada satu-satu masa. Bagi menjamin selesaan pelanggan, pusat pameran ini turut menyediakan ruang menunggu yang selesa dan dilengkapi internet wi-fi serta televisyen.

Populariti model Proton seperti Exora Star yang merupakan varian Proton Exora semakin meningkat naik dan berkembang di Indonesia. Ini terbukti  apabila model itu telah diiktiraf oleh majalah MobilMotor sebagai “Indonesian Car of the Year” (ICOTY) dalam kategori MPV Kompak Terbaik 2011. Selain itu, Proton Exora Star juga telah di anugerahkan sebagai “MPV Mampu Milik Terbaik 2011” awal tahun ini.

“Indonesia merupakan pasaran yang amat penting bagi PROTON dan kami akan menumpukan perhatian untuk membangunkan dan mengukuhkan kedudukan PROTON di Indonesia. Ini termasuk usaha untuk meluaskan rangkaian pengedaran, mempertingkatkan kualiti produkproduk serta perkhidmatan yang ditawarkan di samping meningkatkan daya saing kami melalui kerjasama dengan pengeluar alat ganti tempatan,”

kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin. “Pusat Pameran Platinum baru ini merupakan cawangan jualan dan perkhidmatan yang penting bagi wilayah Sumatera Utara. Ia berpotensi tinggi kerana Medan mempunyai jumlah penduduk keempat tertinggi di Indonesia dan juga merupakan pasaran yang terbesar selepas Jakarta dan Surabaya. Saya percaya Pusat Pameran ini akan memberikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik kepada para pelanggan PROTON dan dengan itu juga menyumbang kepada penjualan keseluruhan yang lebih baik di Indonesia,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Indonesia, Medan Willy Charly Chaeruddin yakin pembukaan Pusat Pameran Platinum yang baru tersebut akan turut meningkatkan taraf perkhidmatan jualan dan selepas jualan PROTON di Indonesia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");