Berita Hari Ini

Semua perlu komited cegah Aids – Liow

Kerajaan meminta semua pihak untuk membuat komitmen bagi membanteras Aids dan pada masa sama menyempurna serta memperkukuhkan komitmen terdahulu untuk menangani epidemik HIV/Aids, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk memastikan kemudahcapaian kepada pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan diberikan secara saksama serta menyeluruh selain hak individu dipelihara dan akan memastikan agenda membanteras HIV/Aids diteruskan.

“Jangkitan HIV/Aids telah melanda dunia memasuki tahun ke-30 dan bagi Malaysia, kes jangkitan HIV yang pertama dikesan pada tahun 1986, dan sehingga September 2011, seramai 93,827 kes jangkitan HIV telah dikesan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 17,232 (18.4 peratus) dikesan sebagai pesakit Aids, dan 14,804 (15.8 peratus) pula adalah kematian berkaitan HIV dan Aids,” katanya dalam perutusan yang dikeluarkan di sini sempena Hari Aids Sedunia dengan tema global Menuju Sifar – Sifar Jangkitan HIV Baru, Sifar Diskriminasi dan Sifar Kematian Berkaitan Aids 2011-2015 hari ini. — Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");