Membawang Hari Ini

Zaleha Tak Maksudkan Hubungan Cinta

Selepas menimbulkan kontroversi dengan kenyataannya bahawa dia dan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek mempunyai ‘hubungan istimewa’, usahawan Zaleha Mohd Khalid, 47, menerusi laporan akhbar Harian Metro semalam menegaskan bahawa hubungan istimewa yang dimaksudkannya itu bukanlah hubungan cinta.

Menurut akhbar tabloid itu, Zaleha yang hadir ke Balai Berita akhbar berkenaan pada petang kelmarin bagi menjelaskan perkara sebenar atas dakwaan beliau mempunyai motif tertentu selepas mendedahkan hubungan rapatnya dengan Jalani, isterinya, Raja Azmi Raja Sulaiman serta seluruh ahli keluarga bekas jaguh beregu badminton itu.

Memetik kenyataan Zaleha dalam akhbar berkenaan, dia hadir ke sana bagi menjelaskan salah faham yang berlaku apabila dikaitkan sebagai orang ketiga dalam hubungan Jalani dan Raja Azmi sehingga menggugat keharmonian rumah tangga pasangan tersebut.

Katanya, pihak media telah menganggap hubungan istimewa yang diamaksudkannya itu hubungan cinta tapi pada hakikatnya, mereka hanyalah bersahabat bersama-sama menjalankan tugas secara profesional kerana Jalani penasihat di syarikat Zaleha.

“Saya tampil membuat penjelasan ini kerana mahu membersihkan nama saya dan menghindari salah faham. Saya tak mahu dipandang serong oleh masyarakat dan enggan isu ini berlarutan. Lebih daripada itu, saya tak mahu hubungan saya dengan keluarga Jalani terjejas kerana kami sudah begitu rapat lebih setahun lalu,” kata Zaleha.

Zaleha turut menambah bahawa tanggapan yang dia adalah orang ketiga dalam hubungan Jalani dan Raja Azmi sehingga menggugat keharmonian rumah tangga mereka adalah tidak patut sama sekali

“Saya berani menceritakan perkara sebenar kepada wartawan kerana tak mahu orang salah faham mengenai hubungan kami selama ini. Malah, apa yang saya cakap kepada media sebelum ini adalah dengan persetujuan Jalani sendiri jelas Zaleha lagi.

Ibu tunggal anak empat ini akui kekecohan yang berlaku turut mencalar maruahnya sebagai ketua keluarga dan ahli perniagaan.

“Buat masa ini saya masih lagi bersabar. Semuanya salah faham dan saya rasa ia perlu diperbetulkan. Sebenarnya saya pun kurang sihat dan akan ke Perth, Australia untuk berehat, sekali gus menyambung rawatan daripada pakar,” katanya.

Ditanya mengenai kedudukan Jalani di syarikatnya ketika ini, Zaleha berkata ia akan tetap berjalan seperti biasa kerana Jalani seorang yang sangat amanah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");