Perak Hari Ini

185 Adun BN Berkampung Di Utara Perak-BNBBC

Seramai 135 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional akan berkampung selama tiga hari dua malam bermula  12 hingga 14 Januari ini di 135 buah kampung di utara negeri Perak dalam usaha menawan kawasan-kawasan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi Kelab Adun Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, program Pemukiman Adun-Adun Barisan Nasional kali kedua di itu melibatkan lapan kawasan parlimen iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

”Kita memilih lapan kawasan ini berdasarkan rekod keputusan pilihanraya umum ke-13 yang lalu di mana BN kurang mendapat undi di kawasan-kawasan ini.

”Keseluruhannya terdapat 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kesemua lapan kawasan parlimen ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Induk Pemukiman Adun BNBBC di Ipoh, hari ini.

Nadzri berkata, kesemua adun-adun ini akan tinggal bersama keluarga angkat dari 135 buah kampung yang telah dipilih jawatankuasa induk program.

Katanya, setiap adun dikehendaki membuat lawatan ke 20 buah rumah di dalam setiap kampung bagi mengenalpati masalah yang dihadapi selain menyampaikan maklumat-maklumat mengenai program-program transformasi yang dibuat kerajaan selama ini.

”Sekiranya program ini berjaya, kita jangka sebanyak 2700 buah rumah akan dilawati sepanjang tempoh tiga hari ini…kita juga minta setiap adun terlibat membuat majlis perjumpaan dan penerangan di setiap kampung terbabitu,”katanya.

Selain itu juga, kita minta setiap adun memlilih 80 penduduk termasuk golongan belia untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan diadakan di Bukit Gantang pada 13 Januari ini.

Nadzri berkata, melalui program seperti ini kita yakin pelbagai maklumat dapat disampaikan secara terus kepada penduduk terbabit dan menambah keyakinan orang ramai kepada Barisan Nasional (BN).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");