Perak Hari Ini

7 maut nahas kereta-treler

Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler di KM6 Jalan Lekir-Teluk Intan dekat Manjung malam tadi ketika rakyat Malaysia menanti detik sambutan Tahun Baru 2012.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, mengesahkan setakat ini enam terkorban dalam nahas jam 11.30 malam itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu setakat ini meragut enam nyawa, namun mungkin ada kematian atau kecederaan lain kerana keadaan masih kelam kabut di lokasi kejadian,” katanya ditemui di Ipoh, awal pagi ini.

Mohd Shukri berkata, pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian dan sedang mengumpulkan maklumat mangsa yang meninggal dunia dan cedera.

Difahamkan, dua daripada tiga mangsa yang cedera dalam keadaan parah.

Kira-kira jam 8 pagi tadi, seorang lagi mangsa yang kritikal dalam kemalangan maut di Jalan Lekir-Teluk Intan lewat malam tadi, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung.

Kematian mangsa itu menjadikan keseluruhan tujuh maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler pada 11.30 malam tadi itu.

Berikut adalah senarai tujuh mangsa yang terbunuh iaitu Mohd Hisham Mat Zaki, 23; Badrul Isa Sulaiman, 20; Mohd Hadi Sulaiman, 17; Mohd Shafiq Riduan Yusuf, 16; Ahmad Faizal Ahmad Termizi, 15; Mohd Shadan Mohd Arshad, 15; dan Mohd Kamil Tamsuri, 15.

Semua mereka adalah dari Kampung Batu 15 Lekir kecuali Mohd Shafiq dari Kampung Batu 14 Lekir.

Semua mangsa berada dalam Honda Stream.

Seorang lagi rakan mangsa, Khairul Faiz Mohd Noor, 17, cedera. Pemandu treler, Abd Rashid Mohd Hisham, 49, juga cedera.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");