Perak Hari Ini

Pengajian Adam Adli digantung tiga semester

Jawatankuasa Tatatertib Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim hari ini membuat keputusan menggantung pengajian seorang pelajarnya, Adam Adli Abdul Halim, 21, selama tiga semester kerana mencetuskan kontroversi menurunkan bendera mempunyai wajah Perdana Menteri, Datuk Najib Razak pada 17 Disember lalu.

Keputusan itu berkuatkuasa serta-merta dan diambil berdasarkan kesalahan pelajar itu yang didapati telah mencemar reputasi dan nama baik institusi pendidikan terbabit dan mencetuskan huru-hara di Malaysia.

Beliau didapati bersalah di bawah Peraturan 2 dan 4, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Sebelum itu, Adam Adli yang tidak diwakili peguam dilihat memasuki kamar perbicaraan jam 3 petang tadi dan keluar dari bilik itu pada 4.30 petang.

Perbicaraan diadakan di hadapan empat juri dan seorang pendakwa.

Pada 17 Disember lalu, seramai 300 mahasiswa Malaysia berarak dari Masjid Jamek Kuala Lumpur ke perkarangan ibu pejabat UMNO di PWTC.

Kumpulan ini telah menyerahkan memorandum membantah AUKU kepada Datuk Saifudin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razak dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) menyerahkan memorandum bantahan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di PWTC kerana di situlah pejabat Presiden UMNO , Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka menuntut agar PM memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara total dan kembalikan autonomi kepada universiti.

Selain itu, mereka turut menuntut memansuhkan sepenuhnya AUKU, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555).

Jika Parlimen dibubarkan tetapi kerajaan masih tidak memansuhkan AUKU, mahasiswa akan memastikan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum ke-13.

Bendera Najib telah diturunkan selama lima minit dinaikkan bendera SMM dan BEBAS.

Setelah ditegur, bendera Najib dinaikkan semula dan bendera lima Perdana Menteri lain yang diletak sebaris tidak dikacau ganggu.

Antara mahasiswa yang terlibat ialah mahasiswa UPSI , Adam Adli Abdul Halim.

Tindakan menurunkan gambar Najib selaku presiden UMNO itu dilihat sebagai simbolik kepada hilang percaya anak muda ke atasnya selaku ketua kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");