Berita Hari Ini

Amaran Tsunami Di Kedah, Perlis, Pulau Pinang Dan Utara Perak Ditarik Balik

Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran tsunami bagi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak yang dikeluarkan awal pagi Rabu ekoran gempa bumi kuat dikesan berlaku di pantai barat utara Sumatera.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami jabatan itu, Ahmad Zaki Mohamad Saat berkata nasihat tsunami yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini telah dihentikan setelah hasil daripada pemantauan di setiap negeri berkenaan kira-kira 7 pagi tadi didapati memuaskan.

“Kami sudah pantau ke semua tempat di negeri-negeri terlibat dan mendapati keadaan gempa bumi yang berlaku awal pagi tadi tidak akan melibatkan tsunami,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pada awal pagi tadi terdapat gempa bumi yang kuat dikesan di pantai barat utara Sumatera dan menjejaskan keadaan laut, lalu pihaknya mengeluarkan nasihat supaya orang awam menjauhkan diri dari kawasan persisiran pantai.

“Gegaran turut dilaporkan oleh orang awam antara pukul 2 hingga 3 pagi tadi terutama di Pulau Pinang, dan kami menasihatkan mereka supaya menjauhi kawasan persisir pantai.

“Kami kurang menerima panggilan pagi tadi mungkin disebabkan kejadian berlaku tanpa ramai yang menyedarinya,” kata Ahmad Zaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah turut berkata mereka telah diberitahu bahawa amaran tsunami telah ditarik balik.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");