Membawang Hari Ini
Like

Anak-Anak Penyeri Hidup Ayu OIAM

January 31, 2012
66 Views
0 Comments
2 minutes read
Anak-Anak Penyeri Hidup Ayu OIAM

“Bukan menyepikan diri, sebaliknya lebih senang memberi tumpuan terhadap keluarga,” jelas juara program realiti One In a Million (OIAM) musim kedua, Ayu.

Telah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Syed Nashrul Haikal, 2 dan Syarifah Alya Adrianna, 7 bulan, membuatkan Ayu OIAM sukar untuk berenggang dengan mereka.

“Saya bukan menyepi atau melarikan diri daripada pihak media. Sebaliknya lebih banyak masa diberikan terhadap keluarga.

“Anak-anak saya kini semakin membesar. Paling sulung sudah berusia dua tahun, manakala yang kedua berusia tujuh bulan. Jadi masa saya lebih banyak diluangkan untuk mereka,” kata isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharudin itu.

Jelas Ayu lagi, ke mana saja dia pergi pastinya akan membawa dua pengarang jantungnya itu, apatah lagi mereka amat manja dengannya.

“Ke mana saya pergi memang saya akan bawa mereka. Terutama sekali yang kedua itu. Kerana sejak lahir lagi sayalah yang menjaganya.

“Abangnya dijaga ibu saya, jadi kurang sikitlah manjanya dengan saya.

“Kadang-kala, saya membawa mereka bersama ketika saya mengadakan persembahan pentas,” tuturnya.

Kata pemilik nama sebenar Norayu Damit itu lagi, bagi peminat yang merindui suaranya, kini bolehlah mengunjungi hotel Crowne Plaza Mutiara untuk melihat persembahannya.

“Peminat dapat melihat persembahan saya setiap hari kecuali Isnin di lounge Hotel Crowne Plaza Mutiara.

“Sudah enam bulan saya menyanyi di sana dan syukur rezeki anak-anak membuatkan saya mendapat tawaran lain juga,”jelasnya.

Beralih kepada perkembangan seninya, Ayu kini dalam proses menyiapkan album keduanya yang akan memuatkan lima buah lagu cover version.

“Album terbitan Monkey Bone ini masih dalam proses mastering dan akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

“Album ini memuatkan lima buah lagu antaranya Salam Buat Kekasih nyanyian Nadia, Kabut Serangkai Mawar dari Zaiton Sameon dan Penghujung Rindu nyanyian Jamal Abdillah.

“Kesemua lagu-lagu dirakam semula dengan susunan muzik yang baru dan menarik,” jelasnya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply