Kolumnis

Apa ada dengan Nur Amalina?

Hari ini kecoh di alam siber berkenaan perihal pelajar cemerlang Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17A1 semasa keputusan peperiksaan SPM tahun 2005. Kononnya, beliau telah beraksi di hadapan kamera dengan berpakaian seksi serta menjolok mata.

Malah, ada sekeping gambar tersebut telah memaparkan aksinya berpeluk dengan seorang warga Eropah. Untuk pengetahuan semua, Nur Amalina kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Kisah yang dihadapi oleh Nur Amalina ini pernah terjadi kepada seorang lagi pelajar genius negara iaitu Suffiyah Yusuf. Malangnya, kisah Suffiyah lebih tragis apabila dia bertindak mengiklankan dirinya sebagai pelayan seks di internet.

Berbanding dengan Suffiyah, Nur Amalina masih lagi belum “terlanjur” jauh. Beliau hanya beraksi seksi dan juga bergambar tanpa menutup aurat sepertimana Nur Amalina yang kita kenali 6 tahun dulu.

Ada pihak mendakwa, gambar-gambar seksi Nur Amalina adalah palsu tetapi selagi ia belum dinafikan oleh tuan punya badan, kita sendiri pun tak mampu untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang dakwaan itu. Amalina sendiri wajar tampil membuat kenyataan.

Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia tak perlulah terlalu emosi dan juga melatah dengan isu Nur Amalina ini. Di negara kita, bukan hanya Amalina seorang sahaja yang muatkan gambar seksi di dalam ruangan sosial.

Ramai lagi sebenarnya anak-anak gadis kita yang memuat naik gambar-gambar tidak senonoh serta berpeluk cium antara lelaki dan perempuan. Jika diteliti, golongan artis kita juga kebanyakannya langsung tidak menghiraukan soal aurat.

Bukan sekadar tidak menutup aurat mahupun bertudung, malah ramai artis wanita yang rambutnya merah menyala sambil berposing maut di tepi kolam mandi ataupun di celah-celah kaki lelaki.

Kenapa semua ini tidak dipersoalkan oleh masyarakat kita? Kenapa Nur Amalina yang menjadi fokus utama setelah gambar seksinya terdedah di alam maya?

Adakah kerana Amalina bergelar pelajar cemerlang maka beliau perlu menjadi contoh dan tauladan kepada rakyat Malaysia? Jika begitu, bukankah artis juga umpama role model kepada generasi muda hari ini?

Jadi, kalau Amalina dikatakan salah kerana memalukan nama negara serta bangsa Melayu, maka artis-artis wanita di dalam negara juga harus dipersalahkan. Mungkin artis-artis inilah yang menjadi antara penyumbang gambar seksi anak-anak Melayu seperti Nur Amalina.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");