Berita Hari Ini

DPMM Tawar Beli Semua Saham QSR Yang Dipegang Kulim Pada Harga RM6.90 Setiap Satu

Dewan Perdagangan Melayu Malaysia (DPMM) telah menawar untuk menguasai kesemua saham QSR Brands Bhd yang dikuasai oleh Kulim (Malaysia) Bhd pada harga RM6.90 sesaham.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Kulim berkata ia telah menerima surat tawaran bertarikh 30 Dis melalui kiriman pos daripada timbalan presiden merangkap pengerusi Kumpulan Syarikat Pelaburan DPMM.

“Tawaran ini adalah tanpa diminta,” katanya.

Saham-saham QSR di Bursa Malaysia ditutup empat sen lebih rendah Selasa kepada RM6.45.

Dalam kenyataan itu, Kulim berkata ia maklum yang pengarah bebas QSR telah bersetuju untuk menerima tawaran oleh Massive Equity Sdn Bhd untuk mengambilalih perniagaan dan tanggungjawab QSR termasuk kesemua aset dan liabiliti QSR pada pertimbangan agregat tunai bersamaan RM6.80 sesaham biasa RM1.00 setiap satu dan RM3.79 setiap waran QSR tertakluk kepada perundingan seterusnya.

“Sehubungan itu, Kulim akan mengadakan mesyuarat lembaga bagi membincangkan tawaran itu dan pengumuman selanjutnya akan dibuat,” katanya.

Massive Equity ialah jentera tujuah khas yang dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) (51 peratus) dan CVC Capital Partners (49 peratus).

Dilaporkan yang JCorp bercadang mengambilalih 100 peratus perniagaan dan tanggungjawab KFC dan QSR menerusi Massive Equity.

JCorp menguasai 53 peratus Kulim Bhd, yang sebaliknya pula memiliki 57.5 peratus QSR. QSR, pula menguasai 50.6 peratus KFC Holdings (Malaysia) Bhd, syarikat rangkaian makanan segera terkemuka negara.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");