Isu Panas

Guan Eng Dihadiahkan Replika Jentolak

Seorang pengusaha bengkel motor di sini hari ini cuba “menghadiahkan” Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan sebuah replika berbentuk bengkel, tandas dan jentolak sempena ulang tahun pertama premis Mega Xtreme Motornya dirobohkan.

Bagaimanapun pengusaha bengkel itu, Mohd Yacoob Mohd Nor 23, yang diiringi oleh beberapa anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Pulau Pinang gagal menyerahkan “hadiah” itu kepada Lim kerana tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pengawal keselamatan.

Setelah menunggu hampir 45 minit, pengawal keselamatan di ruang legar pejabat kerajaan negeri di tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini meminta mereka meninggalkan “hadiah” itu di kaunter pengawal.

Mohd Yacoob berkata beliau memberikan “hadiah” itu kerana tidak berpuashati dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan bengkelnya pada 11 Jan tahun lepas.

Lesen dan tanah di mana bengkel itu terletak adalah milik persendirian dan bukannya tanah kerajaan negeri dan tindakan merobohkan tidak sepatutnya dilakukan kerana notis perlu diberi terlebih dahulu, katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Selepas bengkelnya dirobohkan, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Yang Dipertua MPPP untuk mendapatkan sebab bengkel itu dirobohkan dan sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklum balas.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");