Membawang Hari Ini
Like

Hafiz Bertapa Sebulan Demi AJL26

January 31, 2012
60 Views
0 Comments
2 minutes read
Hafiz Bertapa Sebulan Demi AJL26

MENYIMPAN impian untuk mempertahankan kemenangan yang diraihkan tahun lalu menerusi kategori vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu, Hafiz sama sekali tidak menyangka akan bergelar juara Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) semalam.

Mengakui berkerja keras selama sebulan dengan mengambil kelas vokal dan persembahan pentas, Hafiz bersyukur usahanya itu akhirnya berbaloi.

“Saya memang mahu mempertahan kemenangan vokal terbaik yang pernah saya dapat tahun lalu.

“Oleh kerana itu, saya menyertai kelas vokal dan persembahan pentas sebagai persediaan untuk menghadapi AJL26 kerana tidak mahu mengecewakan peminat.

“Tetapi apabila diumumkan juara AJL26, sememangnya mengejutkan kerana berlaku di luar pemikiran saya.

“Saya buat persediaan untuk vokal dan apabila dinobatkan sebagai juara, jadi kira bonus untuk saya,” katanya dengan nada gembira mengulas mengenai kemenangan itu.

Tambah juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu lagi, kata semangat daripada Datuk M.Nasir serta penyanyi Herman Tino telah membakar semangatnya sebelum melangkah ke pentas AJL26.

“Kedua-dua mereka banyak member nasihat kepada saya dan itu merupakan perkara paling penting dan tidak akan diperolehi oleh orang lain.

“Baik M.Nasir dan juga Herman, kedua-duanya mahu saya memberi fokus kepada persembahan dan melupakan segala perkara lain agar mendapat feel serta menyampaikan lagu tersebut dengan baik ketika di atas pentas,”katanya.

Berjanji akan mempamerkan persembahan yang lebih baik pada masa akan datang, Hafiz berkata dia tidak akan alpa dengan kemenangan yang diraihnya.

“Saya berharap akan menjadi lebih baik dan berusaha untuk memperbaiki lagi diri.

“Saya tidak akan menghampakan peminat dan berdoa akan terus berjaya dalam bidang seni yang saya ceburi ini,” jelasnya yang menyifatkan persembahan malam tadi merupakan kesinambungan kepadaa klip video Awan Nano.

-murai.com

Komen & Pendapat

Leave a Reply